Now Reading
Bina Home-Gym Dengan Bajet RM1,300 Dari Shopee. Berbaloi & Jimat!

Bina Home-Gym Dengan Bajet RM1,300 Dari Shopee. Berbaloi & Jimat!

Tak perlu yang mahal, asalkan home-gym korang lengkap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kebanyakkan orang zaman sekarang ini mengalami kekangan masa yang menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa untuk diri sendiri atau melakukan hobi kesukaan.

Mana tidaknya, kerja hakiki sahaja sudah mengambil masa 8 ke 9 jam sehari. Belum dikira waktu untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Hujung minggu pula perlu diluangkan bersama keluarga.

Jadi, bila waktu yang tepat untuk mereka ‘curi’ dan luangkan dengan diri sendiri?

Sebagai contoh, sesi berlatih di gimnasium.

Kredit: EMGS Connect

Tapi masalahnya sekarang, nak bina home-gym pun akan memakan kos dan ruang yang banyak.

Worry no more! Dekat Shopee banyak peralatan yang dijual dengan harga yang mampu milik. Tak perlu yang mahal, asalkan home-gym korang lengkap.

Alatan home-gym murah & berbaloi!

Seorang pengguna Twitter @kakfit telah berkongsi senarai peralatan gimnasium yang boleh anda beli dari Shopee melalui rangkaian tweets.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Kalau kami bagi jumlah sebenar untuk membeli kesemua peralatan di atas, anda hanya akan keluarkan kos sebanyak RM1,226.91 sahaja.

SEE? Bawah RM1,300!

Kalau daftar untuk keahlian gim, sebulan RM200 dan setahun dah RM2,400. Kan boleh jimat tu? 😉


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd