Now Reading
Istana Raja Muda Bakal Lenyap? Netizen Bantah & Minta Kaji Semula Keputusan

Istana Raja Muda Bakal Lenyap? Netizen Bantah & Minta Kaji Semula Keputusan

Istana Raja Muda bersama kawasan seluas kira-kira dua hektar ditender untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Khazanah sejarah sepatutnya dipelihara,” kata pecinta sejarah berikutan berita tentang penjualan tanah yang menempatkan Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan secara tender terbuka untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

Malah, segelintir rakyat tidak bersetuju dengan keputusan menjual atau melelong bangunan Istana ini.

Mereka menganggap ada baiknya jika ianya dipelihara dan dibaikpulih untuk tatapan rakyat di masa hadapan.

Kredit: Orang Perak

Untuk pengetahuan umum, istana ini dibina sekitar tahun 1922. Ianya merupakan Istana Rasmi Raja Muda Perak.

Raja Muda yang pertama bersemayam di sini ialah Almarhum Raja Muda Abdul Aziz yang kemudiannya menjadi Sultan Abdul Aziz, Sultan Perak yang ke-31 dan kali terakhirnya diduduki oleh Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin.

Istana ini memiliki kawasan seluas sekitar dua hektar.

Pecinta sejarah bantah

Tinjauan di media sosial jelas menunjukkan bahawa segelintir rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat kerana istana lama itu dianggap sebagai warisan sejarah Kesultanan Perak dan wajar dikekalkan dan dipulihara.

Sehinggakan ada yang memberi pendapat supaya persatuan NGO ditubuhkan untuk memulihara kembali bahan sejarah tanah melayu.

Kredit: Facebook/Kisah Sejarah Melayu
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Ramai juga yang merasakan tiada tinggalan sejarah untuk generasi yang akan datang. Malah, mereka turut membandingkan bagaimana negara luar ‘simpan’ bangunan bersejarah mereka untuk kekal diingatan.

Tapi Malaysia… nak lelong pula.

Kerajaan Perak akan teliti semula keputusan

Kredit: Flickr

Setelah tularnya isu ini, kerajaan negeri Perak menyatakan pihak mereka akan membincangkan semula keputusan untuk menjual tanah yang menempatkan Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan secara tender.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata ianya berikutan terdapat bantahan dan pandangan baharu mengenai keputusan itu.

Keputusan untuk menjual tanah itu dibuat ketika mesyuarat Exco pada 2020.

Saya akan bawa balik perkara ini dalam mesyuarat Exco untuk kita lihat kembali, sebab saya rasa itu adalah keputusan Exco yang dibuat pada tahun lepas untuk kita tender tanah berkenaan. Tapi tengoklah, setelah ada beberapa bantahan dan pandangan-pandangan lain itu termasuk ada yang memaklumkan ada beberapa lagi kawasan-kawasan bersejarah yang perlu dipelihara.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad.

Menurut laporan, Saarani telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd