[Video] Buat WhatsApp Group Untuk Kaki Scam, Tindakan Gadis Ini Memang Bernas!
Tujuannya, bolehlah scammers saling kenal hati budi masing-masing. 🙂


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kadang-kadang ada juga datang perasaan malas untuk angkat panggilan nombor yang tak dikenali. Bukan apa, zaman sekarang ini kaki scam bersepah.
Modus operandi mereka? Well, classic and predictable.

Anda tak bayar cukai LHDN, nombor telefon anda menang cabutan bertuah dengan jumlah yang besar dan tak masuk akal, menang nombor ekor, dan sebagainya.
Idea luar kotak!
Berbeza pula dengan seorang gadis yang guna pengguna TikTok di mana dia dilihat mencipta satu group melalui aplikasi WhatsApp dan memasukkan kesemua kaki scam yang pernah menghubunginya.
Taktik ini tidak dinafikan sangat unik. Rasanya jarang dibuat orang sebab biasanya kalau ada nombor tak dikenali dan cuba untuk scam, block je terus.
Video ‘tutorial’ tersebut telah dimuat naik olehnya di akaun miliknya dan berjaya meraih lebih 400K tontonan setakat artikel ini ditulis.
Paling tak boleh blah, boleh pula dia jadikan kesemua mereka sebagai admin.
Adoi! XD
@__frhna Ada yang nak join sekali 🤣#fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #fypkotakinabalu #fypsabah #fypシ゚viral #fypgakni
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
Berdekah netizen dibuatnya
Bernas juga idea dia ni sebenarnya. Tak terfikir dek akal pula nak buat.
Sampaikan ada di antara komen netizen yang suruh masukkan PDRM!



Kalau ada yang rasa-rasa nak buat, nanti kongsikan dengan kami pengalaman korang! Kami pun nak juga tahu apa respon scammer tu. 😀
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.