Now Reading
12 Individu Dikompaun Naik Genting Tanpa Permit Rentas Negeri Dari PDRM

12 Individu Dikompaun Naik Genting Tanpa Permit Rentas Negeri Dari PDRM

Mereka yang dikompaun terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita, masing-masing berusia dari 20 tahun hingga 58 tahun datang dari arah Kuala Lumpur ke Genting Highlands, Pahang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


12 individu telah dikompaun oleh pihak polis kerana cuba melakukan perjalanan merentas negeri ke Genting Highlands.

PDRM dalam satu kenyataan melalui laman Facebook POLIS Bentong menyatakan bahawa pemantauan (snap check) OP Covid-19 telah dilakukan di Kilometer 17 Check Point Kee Sang, Genting Highlands, Pahang pada 15 September lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu telah dikompaun kerana gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah dari PDRM.

PDRM menjelaskan mereka yang dikompaun terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita, masing-masing berusia dari 20 tahun hingga 58 tahun.

Mereka didapati datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Genting Highlands, Pahang.

RM5,000 seorang jika sabit kesalahan

Kompaun yang dikeluarkan kepada mereka adalah di bawah Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021 – di mana sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM5,000 setiap seorang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd