Now Reading
Grab Malaysia Raikan Wira-wira Malaysia Yang Tak Didendang. Salute!

Grab Malaysia Raikan Wira-wira Malaysia Yang Tak Didendang. Salute!

Grab telah bekerjasama dengan artis tempatan iaitu Jon Tham untuk menggambarkan tentang kisah prihatin yang mengujakan menerusi karikatur riang ria dan unik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pandemik ini memang memberikan impak yang luar biasa kepada rakyat jelata. Ianya bukan sahaja satu fenomena perubatan. Malah, turut menjejaskan ekonomi negara ini secara tidak langsung.

Mana tidaknya, banyak perniagaan dipaksa tutup gara-gara tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh.

Malah, segelintir majikan juga tidak lagi mampu untuk membayar pekerja mereka sehingga perlu diberhentikan.

Ramai yang struggle, terlalu ramai.

Unsung Heroes.

Oleh itu, Grab Malaysia kini tampil dengan inisiatif bernas di mana mereka meraikan wira-wira Malaysia yang tak didendang.

Sempena perayaan hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, Grab ingin memberi penghormatan kepada komuniti rakan pemandu dan penghantar untuk tindakan prihatin dan dermawan mereka yang kebanyakannya tidak disedari oleh orang ramai.

Oleh itu, Grab telah bekerjasama dengan artis tempatan iaitu Jon Tham untuk menggambarkan tentang kisah prihatin yang mengujakan menerusi karikatur riang ria dan unik.

Antara pengisian perayaan ini, Grab membuat kompilasi kisah prihatin menerusi tiga (3) siaran trilogi bermula sekarang sehingga Hari Malaysia – setiap satu bertema satu nilai yang mewakili jiwa Malaysia.

Tema sulung trilogi ini ialah ‘prihatin dan kedermawanan’ yang memaparkan tindakan kecil yang mampu memberi motivasi dan mengubah kehidupan seseorang.

Tham iaitu artis dan pereka grafik sepenuh masa telah pun berkecimpung menyelitkan elemen sokong-menyokong dan kebajikan untuk kumpulan masyarakat berlainan yang disasarkan dalam kerja seninya.

Inisiatif terbarunya ialah menghasilkan komik bagi mengutip dana bagi membantu seorang pengurus restoran yang hilang mata pencarian ketika pandemik Covid-19 ini.

Kredit: Jon Tham

Saya cukup teruja apabila Grab menghubungi saya untuk menyertai usaha ini. Dengan pelbagai peristiwa yang melanda kita hari ini, adalah penting untuk warga Malaysia diperingatkan dengan tindakan prihatin kecil yang dilakukan golongan barisan hadapan. Ketika kita terus menelusuri norma baharu, saya harap kisah pendek ini dapat merangsang dan menggalakkan semua orang supaya prihatin dengan orang di sekeliling.

Jon Tham, Pelukis Komik Tempatan.

Grab dedahkan inspirasi di sebalik usaha ini

Malaysia telah mengharungi pelbagai detik yang diselubungi pelbagai perasaan getir tahun ini. Kita ingin menyebarkan mesej bahawa walaupun berhadapan kepayahan dan cabaran, tindakan warga Malaysia membantu sesama insan dengan usaha yang cuma sedikit tetapi besar pengertiannya. Pada sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia kali ini, kami ingin meraikan aksi prihatin para pemandu dan penghantar dalam membawa sinar kegembiraan kepada para pengguna.

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Grab Malaysia.

Mereka juga berharap usaha kecil ini menggalakkan warga Malaysia untuk sama-sama menghayati semangat yang membentuk jiwa Malaysia serta memberi teladan kepada jiran tetangga kita betapa tindakan prihatin yang secuit boleh membawa sinar kegembiraan kepada orang di sekeliling kita.

Perbuatan prihatin mudah tetapi mengujakan hati ini dikongsikan oleh para penumpang dan pelanggan menunjukaan betapa rakan petugas Grab sanggup melakukan sesuatu melangkaui tugas dan tanggungjawab demi berbakti kepada masyarakat. Tindakan prihatin itu mewakili nilai berbeza yang disatukan dapat membawa pengertian tentang hakikat sebenar rakyat Malaysia – sesuatu yang harus diingati dan diraikan dalam merayakan hari kemerdekaan.

Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Grab Malaysia.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd