Now Reading
Berpuasa Jadi Rahsia Dua Warga Emas Yang Sihat Sehingga Usia Lebih 100 Tahun

Berpuasa Jadi Rahsia Dua Warga Emas Yang Sihat Sehingga Usia Lebih 100 Tahun

Namun disebabkan usia semakin lanjut, pendengaran dua beradik ini kurang jelas selain penglihatan Munah juga sudah kabur dan mulai nyanyuk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rahsia dua beradik warga emas yang berusia lebih satu abad adalah berpuasa secara berterusan selama tiga bulan sehingga tibanya bulan Ramadan.

Memetik laporan Berita Harian, Munah Yunus, 115, dan Pah Yunus, 111, yang masing-masing sudah kematian suami hanya mampu berengsot selepas terjatuh dan menyebabkan tulang belakang mereka terjejas.

Mereke juga tidak menghidap sebarang penyakit kronik kecuali sakit tua dan juga masalah pendengaran.

Kedua-dua mereka kini tinggal di Machang, Kelantan.

Kredit gambar: Sinar Harian

Sudah terima vaksin

Menurut laporan Harian Metro, hasrat dua beradik warga emas ini untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 tercapai apabila mereka menerima suntikan dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan pada hari yang sama.

Mereka juga telah melengkapi dua dos vaksin pada awal Ogos lalu.

Pah Yunus.
(Kredit: Harian Metro)

Alhamdulillah, vaksin dah selesai.

Rahsia hidup sihat

Pah Yunus menjelaskan bahawa dari segi kesihatan, dia hanya menghidap penyakit darah tinggi dan parkinson. Begitu juga kakak, Munah Yunus yang tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Namun disebabkan usia semakin lanjut, pendengaran dua beradik ini kurang jelas selain penglihatan Munah juga sudah kabur dan mulai nyanyuk.

Melalui perkembangan sama, ibu kepada lima anak, 18 cucu serta 36 cicit ini berkata rahsia dia kekal sihat adalah berpuasa berterusan selama tiga bulan sehingga Ramadan, selain puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis ketika masih muda dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kakak saya sudah tidak lagi mampu untuk berpuasa berterusan selama tiga bulan dan hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadan saja kerana mudah mengalami keletihan. Walaupun mengalami beberapa kekangan termasuk fizikal sudah tidak seperti sediakala, kami berdua tidak pernah meninggalkan amalan wajib iaitu solat fardu lima waktu meskipun terpaksa menunaikannya secara duduk.

Pah Yunus melalui Berita Harian.

Malah, mereka juga dikatakan sangat mengambil berat perihal pemakanan dan hanya memakan makanan sihat serta mengamalkan makan ulam-ulaman.

Apa pun, team TRP berharap kedua beradik warga emas ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd