Now Reading
[Video] Rider GrabFood Tolong Hidang, Gaul & Kipas Makanan Untuk Anjing. Mulianya Hati

[Video] Rider GrabFood Tolong Hidang, Gaul & Kipas Makanan Untuk Anjing. Mulianya Hati

Semoga Tuhan memberikan rezeki yang melimpah ruah buat rider GrabFood ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seringkali kita mendengar cerita-cerita di mana rider dari syarikat penghantaran makanan, tak kisahlah foodpanda atau GrabFood – pasti ada sahaja cerita yang membuatkan orang ramai terharu.

Mana tidaknya, mereka selalu juga melakukan sesuatu yang melebihi tugas.

BACA SINI: [Video] Raih 1 Juta Tontonan, Rider foodpanda Bantu Tebar Roti Canai Siapkan Order. Terbaik!

Sebagai contoh, baru-baru ini telah viral satu video di mana menunjukkan seorang rider GrabFood dilihat menghantar makanan ke rumah pelanggan yang dipesan untuk anjing tuan rumah tersebut.

Menurut video tersebut, tuan rumah terlupa untuk beri makanan kepada anjing miliknya – sebab itulah terpaksa pesan makanan melalui GrabFood.

Selalunya, lepas hantar makanan rider akan terus beredar ke lokasi lain.

Tapi kali ini rider tersebut dilihat turun dari motor, hidang makanan dan minuman untuk anjing itu. Malah, siap dengan pakej gaul dan kipas supaya makanan itu tak terlalu panas untuk dimakan.

Mulianya hati.

Mata masuk bawang. SORRY.

Netizen terharu

Perkara mulia seperti ini tidak dinafikan – mudah untuk meraih perhatian orang ramai. Malahan, netizen juga tersentuh dan terharu dengan perbuatan rider itu.

Dalam sibuk bekerja, masih ada masa untuk berbuat sedemikian.

Semoga Tuhan memberikan rezeki yang melimpah ruah buat rider ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd