[Video] Wanita Ini Nekad Cari Barang Kemas Dalam Longgokan Lori Sampah
Barangan kemas milik wanita tersebut dianggarkan mencecah sehingga puluhan ribu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seorang wanita baru-baru ini dilihat sanggup dan nekad untuk selongkar sebuah lori sampah demi mencari barang kemas miliknya yang tidak sengaja dibuang.
Video tersebut telah mula tular di media sosial apabila rata-rata netizen turut terkejut dengan usaha wanita ini.
Mana tidaknya, satu lori sampah diselongkarnya.
Sempat kejar lori
Difahamkan, barangan kemas tersebut disimpan olehnya dalam sebuah kotak dan telah dibuang secara tidak sengaja.
Namun selepas menyedari hal itu, wanita tersebut dan keluarganya telah keluar mencari barangan kemas miliknya itu sehingga ke tapak pelupusan sampah di Kulim sebelum mendapat maklumat bahawa sampah-sampah masih berada di Depoh Environment Idaman.
Atas budi bicara pekerja syarikat itu, mereka bersetuju untuk memberikan bantuan dan masa untuk proses pencarian.
Alhamdulillah, jumpa juga
Selepas beberapa minit, wanita itu berjaya menemui semula barangan kemas miliknya dalam timbunan plastik yang dikeluarkan.
Barangan kemas milik wanita tersebut dianggarkan mencecah sehingga puluhan ribu.

Bukannya sikit, patutlah sanggup selongkar sampah. Banyak betul tu.
Tonton video penuh di bawah:
SOALAN: Kalau korang sanggup tak cari sesuatu sampai kena selongkar timbunan sampah?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.