[Video] “Milo Ke?” Reaksi Nenek Ini Minum Air Starbucks Mencuit Hati. CUTE!
Video tersebut juga setakat ini telah berjaya meraih hampir 400K tontonan di aplikasi TikTok.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pernah tak belanja nenek atau atau minum Starbucks atau Tealive? Ataupun apa-apa jenis air yang pelik?
Kalau pernah, mesti korang tahu sememangnya orang tua tidak menggemari air manis seperti ini. Mereka suka minum teh o’ panas dengan gula, kopi o, dan sebagainya.
Tapi kalau bab minuman fancy macam Starbucks, bubble tea, Tealive dan sewaktu dengannya, memang mereka akan tolak.
Bagi dekat orang muda, kalau boleh setiap minggu nak beli. Manis aih!
Nenek minum Stabucks
Baru-baru ini tular satu video di mana seorang pengguna TikTok iaitu Syukry memuat naik video neneknya dilihat mencuba minuman dari Starbucks buat kali pertama.
Katanya, hadiah untuk dos kedua vaksin.
FYI: Syukry ini merupakan seorang cucu yang suka menghiburkan neneknya. Kalau tengok video TikTok yang dihasilkan, majoriti konten bersama nenek.
“Air ni untuk orang yang cucuk vaksin,” kata Syukry.
Paling comel sekali, lepas neneknya minum air tu, ditanya pula air milo ke? Siap buat memek muka tak tahan manis.
@syukry_kury Nenek Minum Starbucks 🤣🤣💕##cucu ##nenek ##tiktokmalaysia ##tiktok ##vaksincovid19
♬ original sound – Syukry kury
Alahai, rindu pula dekat nenek kat kampung. 🙁
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.