Now Reading
Jual Handmade Kraf Rotan Atas Lori Bergerak, Uncle Ini Raih Perhatian Ramai. Unik & Kemas!

Jual Handmade Kraf Rotan Atas Lori Bergerak, Uncle Ini Raih Perhatian Ramai. Unik & Kemas!

Lori ini akan bergerak ke lokasi yang berbeza setiap hari. Oleh itu, jika ada di antara anda yang berminat untuk membeli, boleh check Instagram Story uncle ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang lelaki iaitu penjual kraf rotan baru-baru ini telah tular di media sosial di mana dia dilihat menjual barangan kraftangan tersebut di dalam lori miliknya.

Tiada kedai, tiada jualan secara online.

Hanya atas lori yang bergerak di lokasi yang berbeza setiap hari.

Jika dilihat oleh perkongsian yang dimuat naik oleh pelanggannya, barangan kraf rotan yang dihasilkan memang begitu cantik dan kemas.

Bayangkan, dia sendiri yang menguruskan perniagaan kecil ini. Bermula dari penghasilkan, penjualan, pemasaran, dan lain-lain.

“Saya tiada kedai, jual dalam lori sahaja,” katanya.

Cover kawasan Lembah Klang

Menurut pengguna Facebook Hani Shasuddin yang juga salah seorang pelanggan uncle ini, dia mengatakan dalam satu posting bahawa setiap hari uncle akan update lokasi terkini dalam Instagram Story. Setakat ini, uncle akan cover area Lembah Klang dahulu.

Hani turut memberitahu hasil tangan uncle ini memang kemas, design pula unik, dan high quality.

Harga pun berpatutan dengan hasil.

Kalau dapat rezeki jumpa, mungkin boleh beli satu atau dua kraf rotan ini.

Cantik juga dapat dijadikan dekorasi di rumah atau bilik.

Kredit: Hani Shamsuddin/Facebook

Jika ada antara anda yang berminat untuk membeli dan mengetahui lokasi terkini, boleh check Instagram Story uncle ini. Anda boleh klik sini.

Atau, anda juga boleh WhatsApp untuk lokasi pada hari tertentu di talian 019 320 5167.

Jika dilihat highlights yang dimuat naik, kesemuanya adalah di lokasi yang berbeza.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd