BTS Pop-Up Store: Map Of The Soul Kini Dibuka Di One Utama!
BTS Pop-Up Store ini akan dibuka bermula 8 September 2021 hingga 31 Januari 2022.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
The wait is finally OVER!
BTS Pop-Up: Map Of The Soul kini membuka tirainya bermula hari ini (8 September) khas buat ‘ARMY BTS’ di luar sana.

Apa yang menariknya, Pop-Up store ini tampil dengan tema berwarna biru dan lukisan berkonsepkan dari album studio keempat kumpulan BTS ini iaitu: Map Of The Soul: 7.
Dah masuk Pop-Up store ini tak sah kalau tak bergambar kan?
Jangan risau, anda juga disediakan beberapa sudut khas untuk peminat mengambil foto dengan tema Dynamite.
Ada juga sayap berwarna biru Map Of The Soul: 7. Pendek kata, banyak sudut menarik yang boleh buat memori telefon penuh dengan gambar.
Selain itu, TinyTAN yang merupakan watak animasi yang diilhamkan oleh anggota BTS juga turut dijual.
(Too cute to handle, I swear! UGH.)
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara kelima yang terpilih untuk pembukaan Pop-Up store khas ini selepas Korea Selatan, Jepun, Singapura, Filipina, dan Thailand.
Ianya juga terdapat lebih 300 produk barangan ekslusif BTS yang dijual di sana merangkumi pakaian, keychain, beg duit, sticker, tote bag, selipar, dan pelbagai lagi.
Tak perlu beli semua pun tak apa, beli apa yang mampu dan boleh disimpan buat kenangan.
Tbh, team TRP pun rambang mata semalam.
Jom, tour bersama kami dulu!
Menarik kan? Apa tunggu lagi? Mark your calendar!
- Lokasi: 1 Utama Shopping Centre, G Floor: LUXE
- Tarikh: 8 September 2021 sehingga 31 Januari 2022
- Masa: 10 pagi sehingga 8 malam

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



