Now Reading
Jaja Cerita Kononnya 14 Ahli Keluarga Meninggal Akibat Covid & Terima RM91K Bantuan Kini Ditahan Polis

Jaja Cerita Kononnya 14 Ahli Keluarga Meninggal Akibat Covid & Terima RM91K Bantuan Kini Ditahan Polis

Dia telah mendakwa bahawa ibu, kakak, abang ipar, dua anak buah, isteri, 4 anak kandung dan 4 anak angkatnya telah meninggal dunia akibat virus Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pihak PDRM telah menahan seorang pekerja kontrak berusia 45 tahun yang bekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas di Johor selepas didakwa menipu rakan sekerja dan orang awam dengan cerita palsu kononnya 14 orang ahli keluarganya telah meninggal dunia kerana Covid-19.

Penipuan tersebut telah dibuat bertujuan untuk mengutip sumbangan.

Pegawai polis mengatakan bahawa suspek telah menyebarkan penipuan tersebut sejak bulan Jun untuk mengambil kesempatan atas simpati orang ramai. Pada masa yang sama dia turut mengumpulkan wang sumbangan yang masuk ke dalam akaun banknya.

Mengikut anggaran, lelaki itu telah mengumpulkan sejumlah wang bernilai RM91,000 sebelum tipu muslihatnya terbongkar.

Suspek telah ditahan pada 4 September 2021 di Balai Polis Bayu Damai Kota Tinggi dan direman selama empat hari.

Kes ini disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebatan, dan akan dikenakan denda.

Mengesahkan penangkapan itu, pihak Petronas mengatakan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang sedemikian.

The long con

Difahamkan, kisah menyedihkan di mana seorang penyelia Petronas yang telah kehilangan isteri, lapan anak, dan ahli keluarga yang lain akibat Covid-19 telah mula membanjiri media sosial.

Perkara itu, tidak dinafikan menggambarkan satu beban berat ditanggung oleh lelaki yang kehilangan isteri dan tiga anaknya antara bulan Jun dan Julai. Kemudian pada bulan September, mesej itu nampaknya ditukar dan mengatakan bahawa lima anaknya, ibu, adik perempuan, ipar dan dua anak buahnya juga meninggal dunia akibat virus tersebut.

Jika dilihat semula kesemua screenshot yang telah mula tular di media sosial, kita boleh tahu seberapa dalamnya penipuan yang diberitahu suspek kepada orang ramai.

Difahamkan, sebuah majlis bacaan Yassin juga diadakan secara maya serta disertai ratusan individu yang prihatin baru-baru ini bagi ahli keluarga lelaki berkenaan yang terkorban.

(Kredit: Facebook/Twitter)

Sehinggakan TMJ pun hampir tertipu oleh perkara ini dan turut meminta JKNJ untuk memberi sumbangan kepada suspek.

(Kredit: HRHJohorII melalui Twitter)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd