Now Reading
[Video] Wanita Menjerit Nampak Manusia Pakai PPE Penuh. Kecoh Satu Wad!

[Video] Wanita Menjerit Nampak Manusia Pakai PPE Penuh. Kecoh Satu Wad!

P/S: Kalau pakai earphone, cabut dulu. Kuat betul jeritan ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, setiap petugas kesihatan perlu memakai Pakaian Pelindungan Diri (PPE). Ianya merupakan peralatan yang sangat penting untuk memastikan tiada jangkitan berlaku semasa rawatan diberikan kepada pesakit.

PPE untuk kakitangan kesihatan adalah lebih rumit daripada yang diguna pakai oleh orang awam dan ia bergantung kepada tahap pendedahan pada pesakit Covid-19 tersebut.

Lihat di bawah:

Kredit: Universiti Sains Malaysia (USM)

Peralatan pelindungan diri yang lengkap untuk petugas kesihatan semasa merawat pesakit yang telah disahkan mendapat jangkitan Covid-19 merangkumi penutup kepala, topeng muka N95, perisai muka, gaun isolasi, apron plastik, 2 lapisan sarung tangan dan juga penutup kasut.

Tak boleh bayangkan betapa panasnya bila pakai semua ini.

Salute, frontliners!

Wanita terkejut nampak individu pakai PPE penuh

Baru-baru ini telah viral satu video di mana seorang wanita dilihat menjerit seolah-olah ternampak kelibat hantu selepas seorang individu berpakaian PPE penuh memasuki wadnya.

Perkongsian video CCTV tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dan kini berjaya meraih lebih 33K shares ketika artikel ini ditulis.

P/S: Kalau pakai earphone, cabut dulu. Kuat betul jeritan ni.

Tonton video penuh di bawah:

Yang paling kesihan sekali, brader sebelah katil tu. Elok tengah setting nak tidur, terduduk terus ingatkan ada apa-apa berlaku pada jiran sebelah.

Netizen terhibur.

Tapi divided: nak kesian ke nak ketawa? 😀

Aduhai lawak sungguh.

Harap-harap tak ada pesakit yang lemah semangat lepas kejadian ni.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd