Anak Murid Bermasalah Penglihatan, Cikgu Aman To The Rescue!
Cikgu Azam telah membuat projek sendiri yang inovatif dalam bentuk rangka yang melindungi anak muridnya ketika berlari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak permulaan program Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR), semakin banyak kelihatan dedikasi guru-guru di seluruh negara tekad melakukan yang terbaik untuk pelajar mereka.
Hari ini, tular lagi video seperti itu.
Video ini menunjukkan Cikgu Azam, seorang guru pendidikan khas dilihat membantu anak muridnya yang mempunyai masalah penglihatan menghabiskan larian sepanjang lima kilometer!
@cguazam This is my inovation project.Special to assist my blind student for their running.. 😁😁😁 Berjaya habiskan 5km last year.Bangga cikgu
♬ original sound – HRC IWAN🇮🇩 – IWAN🇮🇩
Video tersebut yang dimuat naik ke akaun TikTok Cikgu Azam telah meraih lebih 300,000 tontonan.
Cikgu Azam telah membuat projek sendiri yang inovatif dalam bentuk rangka yang melindungi anak muridnya ketika berlari.
Rangka tersebut dilengkapi dengan tempat untuk anak murid pegang, bahagian hadapan yang agak muncung bagi mengelakkan murid tersebut terlanggar halangan ketika berlari dan juga satu bahagian untuk Cikgu Azam kemudikan rangka tersebut serta anak muridnya.
Menurut Cikgu Azam, ciptaan itu dibuat untuk anak muridnya Alisya, yang mempunyai masalah pengelihatan.
@cguazam Ramai tanya ttg versi awal.Sebijik mcm trolley pasaraya 😂.Tapi Alisya waktu ni gembira sgt sebab 1st time lari xperlu pegang bahu cikgu @ guna tali.
♬ original sound – K H A I
Biarpun prototaip awal yang dibuat agak sempit, Cikgu Azam berkata bahawa Alisya sangat gembira kerana buat kali pertama dalam hidupnya, dia dapat berlari tanpa memegang baju cikgunya, ataupun dengan tali dililit di pinggang.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.