Now Reading
[Viral] Bantu Cari Gadis 18 Tahun Ini Yang Hilang Lepas Keluar Jogging Jam 6PM, 31 Ogos

[Viral] Bantu Cari Gadis 18 Tahun Ini Yang Hilang Lepas Keluar Jogging Jam 6PM, 31 Ogos

Lokasi terakhir gadis ini dikesan adalah di Taman Ehsan, Kepong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam, 31 Ogos 2021, seorang gadis yang dikenali sebagai Fatin Faeeza berusia 18 tahun telah dilaporkan hilang dan masih tidak dapat dikesan sehingga kini.

Lokasi terakhir gadis ini dikesan adalah di Taman Ehsan, Kepong.

Team TRP telah menghubungi ahli keluarga Fatin sendiri dan menurut ayahnya, Mohd fadli Md Yusuf, kali terakhir anaknya itu dilihat memakai jaket hitam, seluar track hitam, tudung bawal dan kasut sukan kelabu bertali merah jambu.

Anak gadisnya itu dikatakan telah keluar dari rumah pada jam 6 petang (31 Ogos) untuk bersukan.

Ayahnya turut memberitahu bahawa jogging bukanlah rutin anaknya, namun sejak kebelakangan ini dia akan keluar untuk bersukan pada waktu pagi dan petang.

Menerusi perkembangan yang sama, laporan polis telah dibuat oleh keluarganya pada jam 3 petang, hari ini (1 September).


Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut atau pernah ternampak dengan Fatin Faeeza, anda digesa untuk menghubungi ahli keluarganya secepat mungkin di talian di bawah:

  • 018 268 2210 (Kakak)
  • 018 290 7702 (Ayah – Mohd fadli Md Yusuf)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd