TLDR: Bagaimana Malaysia Terpalit Dengan Kontroversi Di Paralimpik Tokyo 2020
Ziyad telah berjaya memecahkan dua rekod dunia semasa pertandingan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kecewanya rakyat Malaysia hari ini (1 September) selepas kejayaan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 telah ‘dirompak’ oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo.
Pembatalan itu sekali gus menjadikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang berada di tempat kedua sebelum ini meraih emas dengan catatan 17.34m.
Untuk pengetahuan umum, kejayaan luar biasa juga pernah diraikan sebelum ini apabila Ziyad memecahkan dua rekod dunia selepas jaguh lontar peluru ini berjaya meraih kemenangan pada jarak 17.94m meter – memecahkan rekod sebelum ini yang ditentukan olehnya sendiri pada tahun 2017.
Namun, kejayaan buat Malaysia malangnya tidak kekal apabila World Para Athletics Jury of Appeal (JOP) membuat keputusan menarik semula pingat emas Malaysia oleh kerana masalah teknikal yang kecil.
Pingat dirompak?
Difahamkan, kemenangan Malaysia dirampas sebaik sahaja pertandingan berakhir.
Pingat emas Ziyad nampaknya dibatalkan ekoran tunjuk perasaan yang dibuat oleh kem Ukraine berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Call Room; pada dasarnya adalah tempat atlet berkumpul, menunggu, dan bersiap sedia untuk bertanding sebelum mereka dipanggil masuk ke stadium.
Walaupun telah membantah keputusan rasmi, Malaysia, Ekuador dan Australia masih ditarik kelayakan berdasarkan Peraturan Para Atletik Dunia Para 5.5 atas “Kegagalan Melaporkan Diri ke Call Room”.
Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS‘ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia.
Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan kem negara sudah mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga ‘merompak’ pingat emas yang dimenangi oleh Ziyad.
JOP kekal menamakan Maksym Koval dari Ukraine sebagai pemenang pingat emas, diikuti oleh rakan sepasukannya Oleksandr Yarovyi yang membawa pulang pingat perak, dan Efstratios Nikolaidis dari Yunani diumumkan sebagai pemenang pingat gangsa.
31 August – #ParaAthletics – Men’s Shot Put – F20
— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) August 31, 2021
🥇Maksym Koval🇺🇦
🥈Oleksandr Yarovyi🇺🇦
🥉Efstratios Nikolaidis🇬🇷#UnitedByEmotion | #Paralympics | #Tokyo2020
Masa itu emas.
Berkongsi tentang apa yang sepatutnya berlaku, Pengulas Sukan Paling Patriotik Ahmed Shahrazad Sani yang melaporkan untuk Astro turut mengulas isu ini di Twitter di mana dia menyebut bahawa Malaysia, Ekuador dan Australia hanya dibenarkan untuk berpartisipasi dalam pertandingan “Under Protest”.
Menurut Tweetnya, kronologi kejadian tersebut terjadi adalah kerana kelewatan yang didakwa berlaku apabila ketiga-tiga atlet dari Malaysia, Ecuador dan Australia masih berada di trek latihan dan hanya bergerak ke Call Room tersebut pada masa panggilan yang tertera iaitu pada jam 5.55 petang waktu Tokyo.
Cuaca hujan dan stadium sesak dikatakan menghalang atlet memasuki Call Room tepat pada waktunya untuk melaporkan diri.
Selepas merayu supaya dibenarkan masuk ke Call Room, maka mereka dibenarkan untuk menyertai pertandingan secara bersyarat (under protest) seperti yang dibenarkan dalam peraturan pertandingan.
Malaysia, Ecuador dan Australia diberitahu tentang protes yang dibuat oleh Ukraine semasa pertandingan dan ketiga atlet itu telah dilabel sebagai DNS.
Walaupun telah mengemukakan rayuan rasmi kepada jawatankuasa Paralimpik, keputusan rasmi pertandingan tetap kekal.
Kronologi Tragedi Ziyad pic.twitter.com/4nPsHzgmIg
— ShahrazadSani® (@shahrazadsani) September 1, 2021
Kekecewaan rakyat.
Seperti biasa, rakyat Malaysia meluahkan rasa kekecewaan mereka di media sosial.
Anything can happen in sport, but this one so far the most shocking and made me speechless. #staystrongZiyad
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) August 31, 2021
Really heartbreaking and in disbelief.
— Farah Ann Abdul Hadi (@farahannhadi) September 1, 2021
Is this really what it has come too.
This is a shameful decision. An absolute disgrace that goes against the spirit of the Paralympics. If it was a call room violation you should have not allowed them to compete in the first place. Mean spirited and petty. A stolen gold medal and world record.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 31, 2021
Malah, ada juga netizen yang membanjiri media sosial berkaitan dengan Ukraine dengan komen-komen tidak sopan sehingga menyebabkan beberapa saluran ditutup buat sementara waktu ini.
Di Instagram, Ziyad Zolkefli ‘The Smiling Giant’ memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas pembatalan pingat tersebut. Ziyad turut berterima kasih di atas sokongan padu yang diberikan orang ramai kepadanya.
Ziyad sebelum ini telah berjanji untuk membawa pulang pingat emas sebagai hadiah Merdeka buat Malaysia dan berazam untuk memecahkan rekod sebelum ini – sesuatu yang telah berjaya dicapai olehnya dengan hebat.
Absolutely sensational..what a moment..Malaysia🇲🇾 Paralympics Athlete for Shot Put event.. #ziyadzolkefli ..Break his own World Record for the 2nd time today..17.94M..and he even break Malaysian National Record for normal athletes category..and he claim Gold Medal For Malaysia.. pic.twitter.com/y63lD7rZ7Z
— izostack87 (@izostack87) August 31, 2021
Seperti yang ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Ziyad tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa.
Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami,
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) August 31, 2021
memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda!
Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal ditangan Malaysia #malaysiaboleh #letlogicprevail pic.twitter.com/K6Q2dQJPKw
TRP ingin mengucapkan tahniah kepada Ziyad atas pencapaian yang luar biasa ini dan sebagai nota ringkas kepada rakyat Malaysia; kita tak perlu meraikan kekalahan kemenangan ini dengan melemparkan kata-kata tidak senonoh kepada pihak tertentu, okay?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.