Now Reading
Doktor Terpaksa Potong Tangan Gadis 17 Tahun Yang Disamun Hingga Cedera Parah

Doktor Terpaksa Potong Tangan Gadis 17 Tahun Yang Disamun Hingga Cedera Parah

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata pihak polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang gadis berusia 17 tahun baru-baru ini telah menjadi mangsa samun di Jalan Kuching menghala pusat bandar Khamis lalu.

Kejadian tersebut menyebabkan tangan kanan mangsa terpaksa dipotong sehingga paras bahu oleh kerana cedera parah dan dilihat mulai membiru.

Ketika kejadian, Siti Nur Azizah Syafriadi bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Tiga lelaki tersebut dikatakan telah menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek berkenaan.

Ketika keluarga Nur Azizah dihubungi FMT, mereka menjelaskan bahawa doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.

Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama. Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan.

Abang saudara mangsa, melalui FMT.

Nur Azizah kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.

Keluar cari rezeki lepas kehilangan ayah

Menurut abang saudaranya, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga.

“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki,” jelasnya.

Susulan kes tersebut, dia meminta supaya ketiga-tiga suspek dapat ditangkap dan diberikan hukuman setimpalnya.

“Kepada penyamun ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup, kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat hukuman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata pihak polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd