[Video] KJ Beri Salam Lepas Pegawai PPV Halang Rekod Ketika Divaksin. Habislah…
Alasan yang diberikan oleh pegawai tersebut adalah, “KJ dah letak jawatan.”


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pada 23 Julai lalu, bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
KJ menjelaskan ianya bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.
Untuk tidak berlaku apa-apa keraguan, saya telah mengarahkan pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk (petugas kesihatan) tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti (vaksin) sempurna sebelum suntikan. Kedua, kebenaran dari saya dan Menteri Kesihatan; kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh rekod video penerimaan suntikan mereka.
Khairy Jamaluddin.

Namun, pada 16 Ogos lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan secara automatik seluruh Jemaah Menteri turut melakukan perkara yang sama iaitu meletakkan jawatan mereka.
Ini termasuklah KJ yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Persoalannya kini, adakah setiap arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh KJ sebelum ini turut terbatal serta-merta?
Pegawai PPV di Johor datang tutup kamera
Seorang pengguna Twitter @winraffm baru-baru ini telah memuat naik satu klip video pendek berdurasi 0:08 ketika sedang mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Jika dilihat, pada mulanya video tersebut dirakam di atas kebenaran yang diberikan oleh nurse yang bertugas, namun tidak lama kemudian datang seorang pegawai wanita terus bertindak menutup bahagian kamera.
Katanya, KJ dah letak jawatan dan mereka mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan rekod.
Punya la happening nurse tu layan siap bagi record . Datang sorang pegawai ni tutup camera alasan KJ dah letak jawatan . biadap 😌 nasib record memang saja nak bagi family je pic.twitter.com/jdUdiTi5HC
— healer 🐼 (@winraffm) August 25, 2021
Ada PPV yang benarkan, ada yang tak benarkan.
Mana satu sebenarnya rakyat perlu ikut?
Netizen persoal kenapa tak boleh rekod?
Isu ini turut menimbulkan rasa ketidakpuasan hati netizen. Mereka juga mempersoalkan alasan di sebalik arahan ini.
Malah, menurut netizen, tindakan pegawai itu dilihat agak keterlaluan.
ada apa yg bahaya sngt eh kalau rakam? tak faham lah aku perangai kekwat ni..takut sngt ke?
— 🧚♀️ (@oppiestrawberry) August 26, 2021
tbh, i do support those yg buat video masa vaccination. sangat2 membantu untuk promote awareness vaccination ni sebenarnya selamat.
— parijuan (@parihjuan) August 26, 2021
those yg halang tu apa sebenarnya yg berada dalam otak dorang eh?
lagipun, we are all wearing mask and no one barely recognized us pun?
Kalau nak ikut logik KJ dah letak jawatan semua arahan dia terbatal, sepatutnya pegawai fasis ini juga hilang jawatan dia.
— Boaty McBoatface 🏴 (@citizenlame) August 26, 2021
KJ letak jawatan tetiba procedure pn hilang ke? So buat procedure utk menteri?
— 🧸 (@aaziend) August 26, 2021
KJ beri ‘Salam’
Berikut pelantikan KJ sebagai Menteri Kesihatan yang baru diumumkan sebentar tadi oleh Perdana Menteri, isu ini turut mendapat perhatian beliau dan kini beliau seolah-olah ingin memberi penjelasan mengenai kekeliruan tersebut.
“Assalamualaikum,” balas KJ melalui quote retweet pada posting asal tersebut.
Assalamualaikum. https://t.co/O9Wk0ke01h
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 27, 2021
Come back is real, guys.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.