Now Reading
Nama Menteri Kesihatan, KJ Makin Trending. Tapi Siapakah Dia Sebenarnya?

Nama Menteri Kesihatan, KJ Makin Trending. Tapi Siapakah Dia Sebenarnya?

KJ dilantik sebagai Menteri Kesihatan tanpa latar belakang perubatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, hari ini (27 Ogos) pada jam 11 pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan wajah Barisan Kabinet yang bernaung di bawah kerajaan baharu.

69 orang barisan Kabinet baharu tersebut bakal dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Isnin nanti (30 Ogos 2021).

Ingin mengetahui siapa barisan Kabinet yang telah dilantik sebentar tadi?

BACA SINI: Ini Senarai Barisan Kabinet Baharu Perdana Menteri Ismail Sabri

KJ tukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Adham Baba

Tinjauan di media sosial melihatkan ‘kekecohan’ tentang pelantikan Menteri Kesihatan baharu iaitu Khairy Jamaluddin (KJ).

Jika sebelum ini, jawatan tersebut telah disandang oleh Datuk Seri Dr Adham Baba yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Seperti biasa, ada yang gembira dan sebaliknya.


Siapa KJ ini sebenarnya?

Kredit: Astro Awani.

Nama yang menjadi topik hangat hari ini di media sosial – KJ.

Nama penuh beliau adalah Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dilahirkan pada 10 Januari 1976 dan kini berusia 45 tahun.

Beliau merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Allahyarham Dato’ Seri Haji Jamaluddin bin Haji Abu Bakar dan Datin Seri Dato’ Rahmah bt Haji Abdul Hamid.

Bapanya, Allahyarham Dato’ Seri Jamaluddin merupakan bekas diplomat di Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia, London, United Kingdom serta Kedutaan Besar Malaysia di Bandar Kuwait.

Khairy mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Monnae Jamaluddin (kakak) dan Hannae Jamaluddin (kakak).

Khairy Jamaluddin dan pasangannya, Nori Abdullah telah dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali, Raif Averroes dan Timor Abdullah.

Pasangan ini telah berkahwin pada 3 Oktober 2001.

Untuk pengetahun anda, Nori Abdullah adalah anak perempuan kepada Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Permulaan

Pada tahun 1994 sehingga 1997, KJ melanjutkan pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi di St. Hugh College, University of Oxford.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Teori Undang-Undang dan Politik di University College, London dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford pada tahun 1997 sehingga 1998.

Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Malah, beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami olehnya.

Pada tahun 1998 sehingga 1999, KJ menjadi Pengacara TV untuk Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm.


Dunia politik

KJ merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin jenis Sinovac.
Kredit: The Straits Times.

KJ mula muncul di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada masa itu beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sebelum ini, beliau merupakan Ahli Politik dari Parlimen Rembau dan pernah menyandang jawatan sebagai ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau bermula dari Mei 2013 hingga Mei 2018.

Pada masa yang sama, beliau merupakan Menteri Belia dan Sukan pada 16 Mei 2013 sehingga 10 Mei 2018 di bawah barisan Kabinet Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau juga adalah bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan PICK bermula Februari hingga Ogos 2021.

Terbaharu, KJ kini menyandang jawatan sebagai Menteri Kesihatan di bawah barisan Kabinet Perdana Menteri Ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula 30 Ogos 2021.

Kredit: The Sundaily

Jawatan politik yang pernah disandang oleh KJ:

  • 2001 – 2004 = Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 2001 – 2004 = Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 2004 – Kini = Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau
  • 2004 – 2008 = Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia
  • 2008 – 2018 = Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.
  • 2013 – 2018 = Menteri Belia dan Sukan
  • 2020 – 2021 = Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • 4 Februari 2021 – 16 Ogos 2021 = Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
  • 27 Ogos 2021 – kini = Menteri Kesihatan

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.


“Pikul amanah demi keluarga Malaysia”

Kredit: Harian Metro

Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh KJ baru-baru ini selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

Insya-Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada YAB PM (Perdana Menteri), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Team TRP mengucapkan tahniah buat Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd