Sultan Johor Titah Cari Azman Naim Lepas Buat Parodi Lagu MySejahtera Way. Apa Kes?
Azman Naim sebelum ini pernah viral lepas buat parodi lagu Raya versi PKP.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Lebih lama PKP, bertambah-tambah kreatif rakyat Malaysia ni.
Pelbagai jenis idea dikeluarkan oleh mereka untuk menghasilkan konten-konten menarik. Ada yang tunjuk skil memasak, menulis, melukis, mewarna, bertukang, DIY segala jenis benda, menyanyi, dan sebagainya.
Termasuklah: parodi lagu.
Lagu asal diubah lirik namun masih dengan irama dan nada yang sama. Kreatif sungguh.
Antara parodi lagu yang menarik minat rakyat Malaysia pada ketika ini adalah Azman Naim 44 Mantra. Dulunya pernah viral lagu Hari Raya versi PKP.
Ring a bell?
BACA SINI: Malaysian Rocker Makes MCO Themed Parodies Of Hari Raya Songs For The Covid-Season
Suara emas agaknya. Sedap betul.
“MySejahtera Way”
Itu merupakan tajuk parodi lagu yang baru dikeluarkan oleh Azman Naim baru-baru ini.
FYI: Tajuk lagu sebenar adalah My Way.
Boleh tonton sendiri video tersebut yang dimuat naik olehnya di TikTok:
@azmannaim44mantra MY SEJAHTERA WAY Part 1 ##Coverosak ##covid ##myway
♬ original sound – AZMAN NAIM 44 MANTRA
Pandai betul dia ubah lirik. On-point pula tu dengan situasi rakyat Malaysia.
TMJ dititah Sultan Johor untuk cari Azman Naim
Selepas beberapa seketika video ini mula tular, TMJ melalui satu posting Instagram Story memaklumkan bahawa beliau telah dititah oleh Sultan Johor untuk mencari empunya badan.
“First class. Legend,” katanya.
Apa pun, kita nantikan kesudahannya.
Manalah tahu Azman Naim akan dipanggil untuk jadi penyanyi rasmi Sultan Johor di majlis-majlis akan datang ke?
Kan rezeki namanya.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.