Pelawak Terkenal, Lan Pet Pet Senario Tukar Kerjaya Sebagai Pembantu Peguam Di Kedah
Dia kini sudah lulus serta memulakan tugas sebagai pembantu khas syarikat guaman.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pandemik Covid-19 ini sememangnya memberi kesan yang hebat kepada setiap golongan, termasuklah anak seni.
Mana tidaknya, mereka tidak boleh bekerja seperti biasa setelah penularan Covid-19 semakin meningkat dan kini wujud pula varian-varian membahaya.
Pekerjaan mereka yang sering dilihat berada di set penggambaran adalah tidak dibenarkan selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Tidak dinafikan, ramai di antara selebriti terkenal telah hilang sumber pendapatan pada ketika ini.
Lan Pet Pet Senario tukar kerjaya
Oleh disebabkan itu, pelawak terkenal iaitu Mazlan Ahmad, 52, atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet kini mencari alternatif lain untuk mencari rezeki.
Dia faham bahawa kehidupan perlu diteruskan dan dia memilih untuk menukar kerjayanya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman, Aswandi Hashim & Co yang mengendalikan kes-kes jenayah di Mahkamah Alor Setar, Kedah bermula semalam (25 Ogos).
7 bulan berlatih
Memetik laporan Astro Awani, dia mengambil masa tujuh bulan semata-mata untuk berlatih dalam selok-belok perkerjaan baharunya itu dengan mempelajari etika berpakaian, bercakap dan juga ketika berada di dalam kamar mahkamah.
Dia memberitahu kini sudah lulus serta memulakan tugas sebagai pembantu khas syarikat guaman.
Setiap perjalanan hidup mesti kena ada Latihan, saya berlatih paling unik tujuh bulan untuk ambil tahu etika untuk bercakap dengan etika awam dan di dalam mahkamah… (bahkan) etika berpakaian, etika fizikal tubuh badan kita dalam mahkamah juga kadang-kadang saya pun tak tahu, saya rujuk balik kepada orang yang bijaksana.
Lan Pet Pet, kepada Astro Awani.
Bersedia jadi ‘peguam’ dalam karaktek drama atau filem
Lan menjelaskan bahawa dia bersedia untuk memegang karakter sebagai peguam dalam sebarang drama atau filem jika menerima peluang pada masa depan.
Ini berikutan dia amat optimis dapat menjiwai watak itu selepas mendapat pengalaman bekerja di mahkamah.
Saya minat nak pegang watak sebagai peguam, saya teringin sangat nak karakter itu sebab selama ini orang selalu nampak saya sebagai Lan Pet Pet yang keloloh, Insya-Allah jika ada tawaran jadi peguam saya boleh buat dengan baik.
Lan Pet Pet, kepada Astro Awani.
Untuk pengetahuan anda, Lan kini diberi kontrak satu tahun untuk belajar dan mendalami lebih mengenai undang-undang.
Apa pun, team TRP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Lan Pet Pet di atas tugasan dan karier baru yang dipilih ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.