Now Reading
Cut X Dignity Tawar Servis Potong Rambut Percuma Bagi Golongan Tidak Berkemampuan

Cut X Dignity Tawar Servis Potong Rambut Percuma Bagi Golongan Tidak Berkemampuan

Cut X Dignity setakat ini hanya menerima temu janji. Walk-in adalah tidak dibenarkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berita baik untuk warga Kuala Lumpur!

Jika anda mengenali sesiapa yang ingin memotong rambut, tapi kurang atau tidak berkemampuan; boleh minta mereka untuk pergi ke Cut X Dignity, Sentul.

Salon ini menawarkan servis potongan rambut secara PERCUMA buat mereka yang tidak mampu. Tambahan pula, mereka kini sedang mengadakan promosi buka kembali.

Siap ada diskaun sebanyak RM15 untuk kesemua jenis potongan rambut.

Salon ini juga menyatakan bahawa setiap pekerja mereka telah menerima dua dos suntikan vaksin dan hanya pelanggan yang sudah melengkapi tempoh dos vaksin kedua (14 hari) sahaja dibenarkan masuk.

Cut X Dignity setakat ini hanya menerima temu janji. Walk-in adalah tidak dibenarkan.

Anda boleh membuat janji temu bermula jam 10 pagi sehingga 7 petang sahaja.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga tidak dibenarkan.

Untuk pengetahuan anda, Salon Cut X Dignity ini telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu sebagai Transformational Enterprise untuk mengubah kehidupan sesetengah individu dengan memberi mereka peluang mempelajari kemahiran yang akan membolehkan mereka memperoleh pendapatan serta mendapatkan pekerjaan.

Good initiative, Cut X Dignity dan team!


Nota: Jika anda ada mengenali sesiapa yang memerlukan serta tidak berkemampuan, boleh pass mesej ini kepada mereka supaya bermanfaat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd