Now Reading
Debaran Menunggu Wajah Barisan Kabinet Kerajaan

Debaran Menunggu Wajah Barisan Kabinet Kerajaan

Seperti tahun lalu, Bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengumumkan barisan Kabinetnya pada hari kesembilan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hari ini merupakan hari kelima sejak pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah berjaya menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Keputusan tersebut telah dimaklumkan oleh Istana Negara sebaik mesyuarat antara Agong dan Raja-raja Melayu berakhir pada 20 Ogos lalu.

BACA SINI: [Terkini] Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9

Naib Presiden UMNO itu telah menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan kepada di Istana Negara pada 21 Ogos 2021.

Ismail Sabri selesai angkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
(Kredit: Harian Metro)

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob!

PM: settle. Kabinet pula ditunggu.

Tumpuan kini diberikan kepada keanggotaan barisan Kabinet kerajaan yang masih belum diumumkan.

Malah, ada juga yang merasakan ianya adalah tempoh yang lama berikutan negara memerlukan pemimpin yang mampu mengemudi setiap kementerian pada ketika ini.

Seperti tahun lalu, Bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengumumkan barisan Kabinetnya pada hari kesembilan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

PM akan menghadap Agong hari ini?

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
(Kredit: Instagram/Istana Negara)

Memetik laporan Sinar Harian, berdasarkan perkembangan terbaharu, wujud dakwaan PM dijadualkan akan menghadap Al-Sultan Abdullah pada Rabu (hari ini) bagi mempersembahkan senarai Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Barisan anggota kabinet yang telah diperkenan itu nanti juga dijangka mengangkat sumpah esok (26 Ogos) dan mesyuarat sulung kabinet kerajaan baharu dikatakan akan berlangsung pada Jumaat (27 Ogos).

Tempoh itu digambarkan bertepatan dengan kenyataan Ismail Sabri yang beliau akan mengumumkan senarai barisan Kabinet dalam minggu ini.

Namun, masih tiada pengesahan rasmi berhubung perkara tersebut.

Azmin Ali atau Hamzah Zainuddin sebagai TPM?

Ada juga desas-desus mengatakan kemungkinan besar Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin merupakan calon tertinggi untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Utusan melaporkan bahawa mereka berdua telah menerima ‘green light’ dari Presiden Parti, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.


Rasa-rasanya teka teki akan terjawab hari ini atau tidak? Sama-sama kita nantikan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd