Dahulu Anak Kapal, Kini Bergelar Ahli Perniagaan. Transformasi Wanita Ini Beri Inspirasi
See, don’t give up easily!
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Team TRP baru-baru ini diberi peluang untuk menemubual seorang gadis yang dikenali sebagai Angeline Tu, 25, berasal dari Kuala Lumpur.
Sebelum ini, dia merupakan salah seorang anak kapal syarikat penerbangan AirAsia.
Namun, disebabkan pandemik Covid-19, syarikat tersebut dikatakan telah memberhentikan sejumlah pekerja dan dirinya turut terjejas ketika gelombang kedua berlaku.
Di situ, bermula perjalanan anak muda ini di mana dia menceritakan serba sedikit tentang kesukaran yang dihadapi ketika menjalankan tugas sewaktu pandemik.
Kita semua tahu bahawa setiap anak kapal perlu tampak segak dan kemas ketika bertugas.
Pendek kata, presentable.
Tapi dengan keperluan pemakaian pelitup muka, tidak dinafikan ianya membuat sesetengah perkara menjadi sukar dan tidak rapi.
Contohnya, bila pakai lipstick dan pelitup muka.
Bibir akan mula menjadi kering dan merekah, lipstick pula akan meninggalkan kesan pada pelitup muka. Stress, kan?
Begitu jugalah apa yang dirasai oleh Angeline. Dia merasakan sangat sukar untuk mencari produk kosmetik yang sesuai untuk bibirnya dan perkara itu juga membuatkan dirinya tidak yakin untuk menyambut penumpang di dalam kapal.
“Research”
Selepas diberhentikan kerja, Angeline tetap positif dan mengambil peluang untuk belajar dan membuat kajian lebih mendalam tentang produk kosmetik buat dirinya serta wanita di luar sana yang mempunyai masalah sama.
Pada mulanya, memang agak sukar.
Namun, gadis ini tidak mengalah dan terus berusaha sehingga dia berjaya mengeluarkan produk kosmetiknya sendiri yang diberi nama Tuty Pout pada 1 November 2020.
One door closes, another one open.
Angeline Tu, kepada TRP.
Tuty Pout
Tuty Pout merupakan jenama kosmetik yang mengeluarkan Matte Liquid Lipstick khas untuk wanita di luar sana yang mempunyai masalah bibir kering dan merekah.
Produk ini mula dijual di pasaran selepas beberapa bulan melakukan kajian untuk mengeluarkan produk tanpa paraben dan alkohol. Produk ini juga sangat light dan selesa dipakai sehingga 10 jam dengan kelebihan formulasinya.
Siap ada bau vanilla.
Paling penting, bila pakai memang takkan meninggalkan kesan pada pelitup muka.
airasiabeauty sokong Tuty Pout
Produk Tuty Pout ini boleh didapati dengan mudah melalui e-commerce yang bernaung di bawah platform airasia super app. Pelbagai jenis tawaran produk kecantikan yang ditawarkan dan Tuty Pout adalah salah satu daripadanya.
[REVIEW]
Team TRP juga diberikan peluang untuk mencuba sendiri produk Matte Liquid Lipstick oleh Tuty Pout ini.
One word: AMAZING.
Kalau sebelum ini, lipstick mesti akan melekat pada pelitup muka, tapi yang ini langsung tak melekat. Dan paling best sekali bila kita buat swatches pada tangan dan biarkan kering buat seketika, memang tak mudah hilang.
Kena guna make-up remover berasaskan minyak baru boleh hilang.
Kalau nak tahu lebih, cubalah beli satu. #norharmtrying.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.