Bekas Miss Universe Malaysia Enggan Pakai ‘Lampin’ Muka (Mask) Di Khalayak Ramai
Lelaki buka mask di tempat awam pun boleh turn on. Pelik sungguh.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
“Saya tak akan pakai lampin muka (mask) itu,” kata bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James melalui laman Instagram miliknya.
Tindakannya itu semestinya telah mencetuskan kontroversi apabila dia dikatakan tidak bertanggungjawab kerana enggan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.
Jika sebelum ini, dia pernah dikecam kerana menluahkan pendapat yang bersifat rasis semasa protes #BlackLivesMatter sedang berlangsung.
Kenyataan yang dikeluarkan di akaun Instagramnya adalah merujuk kepada golongan African American yang melakukan protes besar-besaran di seluruh negara susulan kematian George Floyd pada tahun lalu.
BACA SINI: Former Miss Universe Malaysia Dragged Online For Tone Deaf Comments On Black Lives Matter
Kali ini, dia ‘timbul’ kembali dengan kes yang berbeza iaitu seakan-akan mengajak pengikutnya di media sosial untuk mengikuti jejak langkahnya yang tidak kisah tentang garis panduan kesihatan.
Tak takut Covid-19 agaknya.
Muat naik gambar tanpa mask
Samantha yang dilihat memuat naik gambar tanpa memakai mask bersama seorang rakannya di dalam toilet menyatakan bahawa dia tak akan memakai mask untuk keluar ke tempat awam, namun akan hanya memakainya jika dia ingin menjadi ‘undercover’.
Saya dan dia akan buat hal kami sendiri kerana kami dikelilingi oleh mereka yang memakai mask, menyebarkan cahaya dan kedaulatan kami di mana-mana. Saya tidak akan pernah memakai ‘lampin’ (mask) itu di muka saya melainkan untuk menyamar atau ketika berada di sekeliling orang yang menjengkelkan.
melalui Instagram.
Dia juga mendakwa bahawa tindakannya itu berjaya meyakinkan orang lain untuk membuka mask dan turut menjelaskan bagaimana dia terangsang oleh seorang lelaki yang membuka mask di hadapannya.
WEIRD.
Saya nampak seorang lelaki berjalan di hadapan saya dan membuka mask lalu merosakkannya dengan tangan. That’s my man. Love you whoever you were!
melalui Instagram.
Malah, tidak ketinggalan bahawa ada juga pengikutnya yang turut menyokong tindakan tidak bertanggungjawab itu, dan ada juga yang mengecamnya.

BACA JUGA: Miss Universe Malaysia Distances Itself From Former Winner Over Insensitive BLM Comments
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.