Anggota TDM Tolak Vaksin Diberhentikan & Bakal Hilang Pencen
Arahan pemberhentian perkhidmatan terhadapnya dikeluarkan Kementerian Pertahanan dan akan berkuat kuasa 26 Ogos ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tinjauan di media sosial semalam (23 Ogos) telah mendapati satu kes di mana seorang Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menolak vaksin Covid-19 bakal dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap.
Sarjan Wan Ramly Wan Seman, 39, dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Rasa, Negeri Sembilan, bakal kehilangan pencen yang layak diperolehnya dalam tempoh 16 bulan lagi.
Memetik laporan FMT, dia dikatakan telah berkhidmat selama 19 tahun tanpa sebarang rekod disiplin akan diberhentikan secara ‘tidak terhormat’.
Tarikh penamatan perkhidmatan sepatutnya pada 21 Januari 2023 dan dia sepatutnya melaporkan diri untuk latihan penempatan semula pada Mac 2022.
Namun, arahan pemberhentian perkhidmatan terhadapnya dikeluarkan Kementerian Pertahanan dan akan berkuat kuasa 26 Ogos 2021.
Tolak vaksin selagi tidak diwajibkan
FMT melaporkan bahawa bapa kepada tiga anak ini memberitahu dia hanya menggunakan haknya untuk menolak vaksinasi seperti dinikmati setiap warganegara.
Saya amat kecewa kerana selepas hampir 20 tahun berkhidmat kepada negara tanpa sebarang rekod disiplin, saya dipecat secara tidak terhormat. Saya masih percaya bahawa saya berhak menolak vaksin kerana kerajaan tidak mewajibkannya.
Wan Ramly Wan Seman, melalui FMT.
Bermula pada 7 Julai lalu di mana dia dikatakan telah menolak untuk divaksinasi lalu dia kemudiannya menjalani beberapa sesi pertemuan dengan pihak atasan yang cuba meyakinkannya.
Salah satu sesi adalah dengan tujuh orang daripada mereka termasuk pegawai pemerintah, pegawai bertugas, doktor dan seorang ustaz. Saya diberi tekanan hebat dan dimarahi mereka. Pada 10 Julai, saya didakwa di bawah empat seksyen Akta Angkatan Tentera 1972. Ini termasuk tidak mematuhi arahan untuk diberi vaksin yang wajib bagi semua anggota tentera dan hanya dengan mengatakan, “saya betul-betul tidak setuju untuk divaksin’
Wan Ramly Wan Seman, melalui FMT.
Dia juga meminta untuk dibicarakan di bawah Mahkamah Tentera tetapi pegawai pemerintah menolak sekeras-kerasnya.
Presiden PATRIOT minta kes ini dikaji
Presiden Persatuan Patriot Nasional (PATRIOT) Mohamed Arshad Raji berkata beliau sudah diberi penerangan mengenai kes itu dan berusaha membantu.
Beliau mungkin melanggar arahan itu tetapi sebagai rakyat yang memiliki hak dalam hal vaksin. Ini tidak wajib bagi rakyat. Memberhentikannya beberapa bulan sebelum dia layak untuk pencen itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan tetapi agak kejam kerana beliau adalah bapa kepada tiga anak. Ada cara lebih baik untuk menangani seorang askar yang telah menyumbangkan perkhidmatan terbaik ketika masa mudanya kepada negara.
Presiden Persatuan Patriot Nasional (PATRIOT) Mohamed Arshad Raji, melalui FMT.
Ujarnya lagi, cara terbaik adalah dengan memberinya kursus awal penempatan semula dan beliau dapat menghabiskan masa dengan belajar sebelum menamatkan perkhidmatan.
Sarjan ini tidak melakukan jenayah, kesnya perlu dikaji
Presiden Persatuan Patriot Nasional (PATRIOT) Mohamed Arshad Raji, melalui FMT.
Kenyataan Markas TDM, 23 Ogos 2021
Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Sel Perhubungan Raya, Tentera Darat Malaysia semalam selepas tularnya kes ini di media sosial.
Menurut kenyataan itu, pengambilan suntikan vaksin bagi anggota TDM adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan kecuali kepada anggota yang tidak layak menerima vaksin.
Pengambilan vaksin dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota TDM hidup secara berkelompok. Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan, mendedahkan mereka dengan jangkitan Covid-19. Ini juga bertujuan mendokong hasrat dan aspirasi kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, seterusnya memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Kenyataan oleh Sel Perhubungan Raya, Tentera Darat Malaysia.
Pandangan warganet
Tidak dinafikan, isu ini turut membuatkan orang ramai memberikan pandangan yang berbeza.
Ada yang setuju, ada yang tidak. Tapi lebih kepada setuju oleh kerana mereka tahu betapa pentingnya negara untuk mencapai imuniti kelompok.
Saya bekerja under MinDef. Sememangnya, kami semua diwajibkan utk ambik vaccine since essential services. Tapi, for those yang xnak ambik, diorang telah diberikan sesi kaunseling. if still xnak ambik, terima sendri padahnya once dh dijangkiti covid either 24h posting / buang krja
— Yeinahyenkhiu (@yeinahyenkhiu) August 23, 2021
Company ada pilihan. Dia ada pilihan. Company memilih pekerja yg ada vaksin. Dia memilih untuk tidak mengambil vaksin. So, company dgn pilihan company. Dia dengan pilihan dia. I think its fair.
— إلهام اسماعيل (@ilham_ismaail) August 23, 2021
Pekerja kerajaan bukan senang²nak diberhentikan..banyak proses..makan masa..kalau dah sampai tahap dibuang kerja..maknanya semua proses memujuk,amaran,berbincang dll mesti dah dibuat ttp tuan punya badan masih berkeras..moga ada rezeki lebih luas utk dia diluar😔
— Khairyah Saad (@SaadKhairyah) August 23, 2021
Sebagai seorang tentera die adalah orang barisan hadapan.
— blank (@Mr_Somebuddy) August 23, 2021
Ni namanya prevention better then cure.
In worse case scenario, tentera diperlukan. Tapi infected by virus because of not vaccinated person? Pastu siapa yang akan berada di barisan hadapan?
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.