TMJ Ingin Jumpa 779 Guru Di Johor Yang Tolak Vaksin Covid-19
Mereka akan dipanggil untuk diberi penerangan supaya faham tentang kepentingan vaksin. Apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Apabila dunia dilanda pandemik yang seperti tiada pengakhiran ini, keutamaan setiap negara dan negeri adalah untuk memastikan seramai mungkin rakyat telah menerima suntikan vaksin Covid-19.
Ini bagi menurunkan kadar jangkitan Covid-19 pada tahap yang membimbangkan iaitu Kategori 3, 4, dan 5.
BACA JUGA: New Norm: Kes Kian Tinggi, Ini 3 Kaedah Baca Jumlah Kes Harian Positif Covid-19
Ditambah pula dengan berita bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersetuju untuk sekolah dibuka kembali secara berperingkat bermula 3 Oktober nanti dengan syarat guru-guru selesai menerima dua dos suntikan vaksin.

779 guru di Johor tolak vaksin
Memetik laporan Harian Metro, seramai 779 guru di Johor dikatakan telah menolak untuk menerima vaksin Covid-19.
Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan terbabit menerimanya.

(Kredit: Astro Awani)
Kerajaan Johor akan memanggil 779 guru yang menolak vaksin itu secara individu untuk diberi penerangan supaya mereka faham kepentingan vaksin apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti.
Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang melalui Harian Metro.
Dia turut menjelaskan bahawa sehingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 (96.26%) guru di Johor sudah menerima dos pertama vaksin dan berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP), seramai 6,539 (91.43%) sudah menerima dos pertama dan seramai 2,816 (39.37%) sudah lengkap kedua-dua dos.
Bagi staf sokongan operasi pula, seramai 9,236 (71.49%) sudah menerima dos pertama dan seramai 7,030 (54.42%) lagi sudah lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin.
TMJ ingin ‘tegur’ guru-guru yang tolak vaksin

Susulan berita guru-guru di negeri tersebut menolak vaksin mulai tular, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim menerusi satu ciapan di Twitter berkenan untuk berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru yang dikatakan telah menolak suntikan vaksin.
Perjumpaan tersebut dikatakan akan dilakukan dalam masa terdekat. Menurut TMJ, ini kerana keutamaan kerajaan Johor adalah untuk mengatasi pandemik secepat mungkin supaya rakyat serta negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. https://t.co/gOe15L6RKQ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 22, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.