“Pembangkang Tak Ada Dalam Kabinet Tapi Boleh Bekerjasama Tangani Covid-19” – PM
Walaubagaimanapun, Ismail Sabri mengatakan bahawa Jemaah Menteri dalam Kabinetnya akan dibentangkan minggu ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kerajaan perpaduan tidak akan terbentuk, namun Ahli Parlimen Pembangkang dialu-alukan untuk bergabung menyertai Jawatankuasa Khas menangani Covid-19 dan Majlis Pemulihan Negara, jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menjelaskan perkara tersebut ketika berlangsungnya sidang media di Kedah baru-baru ini.
Dalam kenyataan itu, beliau mengatakan parti pembangkang tidak perlu menjadi menteri untuk bekerjasama menghulurkan bantuan menangani pandemik Covid-19 ini.
Saya berterima kasih kerana nampak gaya Pembangkang dah memberikan respon yang menggalakkan iaitu mereka ingin berbincang dan sebagainya. Dan Insya-Allah saya akan berjumpa dengan mereka untuk berbincang tentang peranan. Kerjasama itu bukan semestinya berada dalam Kabinet. Seperti saya sebut, jika betul hendak menyelesaikan Covid-19, mereka boleh bersama dan beri pandangan serta idea.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Beliau turut menambah bahawa Ahli Parlimen boleh menyertai Majlis Pemulihan Ekonomi Negara.
Sama-samalah kita duduk bagi menyelesaikan isu yang paling besar iaitu Covid-19 dan pemulihan ekonomi pada ketika ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Tidak ada Kerajaan Perpaduan yang melibatkan parti pembangkang dalam Kabinet – Perdana Menteri, Datuk Seri @IsmailSabri60#AWANInews pic.twitter.com/7IP4h2xtXe
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) August 23, 2021
Memetik laporan The Borneo Post, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai Kabinetnya minggu ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.