Pasangan Buat ‘Social Experiment’ Dine-In, Potong Rambut Tanpa Vaksin Lengkap
Wanita ini mengaku bahawa dia masih belum melengkapi dos suntikan vaksin yang kedua tapi berjaya dine-in serta masuk ke premis perniagaan tanpa diperiksa.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bermula 20 Ogos yang lalu, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Antaranya kemudahan tambahan yang dibenarkan adalah:
- Aktiviti dine-in bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya
- Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.
- Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu
Tidak dinafikan, individu yang telah melengkapi dua dos suntikan vaksin turut gembira dan menarik nafas lega dengan kelonggaran yang diberikan ini.
Dengan syarat, patuhi SOP dan kekal berwaspada.
BACA JUGA: Banyak Sektor Dibuka Kerana Ekonomi, Bukan Kerana Ianya Selamat – Dr Noor Hisham
“Social Experiment”
Ya, itu yang diperkatakan oleh seorang wanita ini yang dilihat telah menyebarkan sendiri cerita di mana dia dan keluarga telah keluar dine-in di restoran walaupun masih belum menerima vaksinasi lengkap.
Yang lebih aneh, dia sendiri memuat naik posting tersebut di laman Facebook miliknya.
Apa lagi, warganet mula berang dan membanjiri media sosial dengan kecaman yang tidak terhingga kepada individu tersebut.
Siapa suruh cari pasai.
Sempat pula tunggang agama di situ, siap sebut “Allah bagi mudah”.
Perangai.
Ada yang ‘back up’
Posting tersebut juga memanggil segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang dilihat turut memberi komen seolah-olah menyokong tindakan tersebut.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Nota: Posting di atas diambil oleh seorang pengguna Facebook, dan dia bukanlah individu yang dimaksudkan.
Netizen bengang
Isu ini sememangnya amatlah dikhuatiri oleh orang ramai.
Mana tidaknya, Covid-19 ini bukanlah sejenis penyakit yang hanya menjangkiti satu orang, namun ianya akan tersebar dengan cepat dan meluas.
Malah, sehingga kini negara Malaysia telah mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,572,765 setakat 23 Ogos 2021.
Berikut merupakan beberapa komen warganet ketika tinjauan mengenai posting ini mula tular di media sosial.
Dah la bangang tak amek vaksin, pastu tambah bangang lagi pegi cite kat socmed. Nanti bila dah level 4 ke level 5 ke cakap la lagi “alhamdulillah Allah bagi mudah”
— Aspansays (@aspansays) August 22, 2021
Betul lau orang cakap. Kalau nak kahwin, make sure pasangan kau tu sekufu.
— DOM™ (@AppleDom_) August 22, 2021
Elok lah. Laki bini ni anti vaccine. Tak perlu gaduh. So boleh la tanya bf/gf kau, da vaccine ke belum. Kalau dia tak nak vaccine, then boleh la slow slow tinggal cari lain.
Paling win, yang ini:
Kalau nak buat social experiment suruh dia kerja kat ICU Covid tak pakai PPE 🥰
— A.E اريف ايددي 🇲🇾 (@arifeddy12) August 22, 2021
Ini bukan social experiment ye Cik Kak, ini membahayakan nyawa sendiri dan orang lain namanya.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.