Now Reading
Pernah Putus Tunang, Remy & Bakal Pasangan Akan Menikah Sabtu Ini

Pernah Putus Tunang, Remy & Bakal Pasangan Akan Menikah Sabtu Ini

Untuk pengetahuan umum, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017. Namun, putus dua tahun kemudian dan tahun ini mereka bakal menikah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bukan khabar angin, malah realiti.

Selebriti terkenal tanah air, Remy Ishak, 39, bakal melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati iaitu Ezza Yusof pada pagi esok, Sabtu (21 Ogos).

Remy akan berkahwin dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan dalam industri penjualan kasut di mana mereka dikatakan sudah menjalinkan hubungan selama lapan tahun.

Menurut Remy, tempoh lapan tahun dianggap sudah lebih daripada mencukupi untuk mengenali hati budi wanita berkenaan. Malah, Ezza juga dikatakan tidak hanya kenal Remy sebagai seorang selebriti.

Kredit: Astro Awani

Sepatutnya, majlis pernikahan berlangsung Mei lalu. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, majlis tidak dapat dianjurkan. Kalau boleh, biarlah majlis berlangsung dalam suasana terbuka dan dihadiri keluarga serta kawan-kawan. Namun, andai kata tidak boleh, jika diberi kebenaran majlis dianjurkan di masjid, itu sudah memadai buat kami.

Remy Ishak.

Jelasnya lagi, semua persiapan kini lancar dan keluarga kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan pernikahan biarpun dalam PKP 3.0.

Menurut laporan Berita Harian, biarpun Remy cuba untuk merahsiakan bakal isterinya itu, namun, khabar angin menyatakan wanita bertuah itu adalah Ezza Yusof.

Untuk pengetahuan umum, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017. Namun, putus dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, ikatan cinta mereka dikatakan bercantum semula tahun ini.

Tahniah, Remy dan Ezza!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd