Now Reading
Dine-In Dibenarkan, Tapi Ada Kedai Makan Yang Masih Belum Setuju Untuk Dibuka

Dine-In Dibenarkan, Tapi Ada Kedai Makan Yang Masih Belum Setuju Untuk Dibuka

Aktiviti dine-in kini dibenarkan hanya untuk mereka yang telah lengkap 2 dos suntikan vaksin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

BACA SINI: [Terkini] Dine-In & Kemudahan Tambahan Lain Dibenarkan Bagi Negeri Di Fasa 1 PPN & Seterusnya

Walaupun ianya memberi peluang kepada restoran untuk menjana pendapatan akibat kerugian yang terpaksa dihadapi selama penutupan sektor ekonomi di bawah PKP 3.0 bermula hari ini, namun kami mendapati terdapat beberapa kedai makan dan restoran yang masih tidak dibuka untuk tujuan dine-in.

Kredit: Shafwan Zaidon/Malay Mail

BACA JUGA: Banyak Sektor Dibuka Kerana Ekonomi, Bukan Kerana Ianya Selamat – Dr Noor Hisham


Antara restoran dan kedai makan yang terlibat adalah:

myBurgerLab

Secara ringkasnya, salah satu sebab utama di sebalik keputusan mBL adalah kerana SOP yang tidak jelas dan keselamatan kakitangan serta pelanggan.

Hayasushi

La Risata Bar Pizzeria Ristorante

Cake Jalan Tiung

Rata Subang

Rata Subang yang sebelum ini telah dikenakan kompaun RM10,000 pada bulan Jun lalu kerana melanggar SOP secara tidak sengaja telah memutuskan pihak mereka tidak akan membenarkan dine-in sehingga 1 September apabila semua staf telah lengkap dos vaksinasi Covid-19.

McDonalds *kecuali di negeri Perlis, Sabah, Sarawak, dan Labuan.


Netizen setuju

Walaupun keputusan ini mungkin akan memaksa anda untuk batalkan kesemua rancangan hujung minggu anda, namun ramai juga warganet yang bersetuju dan menyokong keputusan ini.

Mana tidaknya, virus masih wujud dan kes positif harian pula masih tinggi.

Muncul pula varian-varian merbahaya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd