Now Reading
Banyak Sektor Dibuka Kerana Ekonomi, Bukan Kerana Ianya Selamat – Dr Noor Hisham

Banyak Sektor Dibuka Kerana Ekonomi, Bukan Kerana Ianya Selamat – Dr Noor Hisham

Tinjauan di media sosial dilihat ramai yang menerima baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bermula hari ini (20 Ogos), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Antaranya:

  • Aktiviti dine-in bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya
  • Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.
  • Operasi Pasar Malam dan Pasar Minggu

BACA SINI: [Terkini] Dine-In & Kemudahan Tambahan Lain Dibenarkan Bagi Negeri Di Fasa 1 PPN & Seterusnya

Happy atau tidak? DEPENDS.

Ada yang menarik nafas lega sebab akhirnya boleh makan di luar dan ambil udara segar. Ada juga yang memberikan pendapat sebaliknya.

Benar, bahaya masih wujud selagi virus ini tidak pupus. Yang penting, ikuti SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa berwaspada. Mana tidaknya, kita tak boleh nampak virus ini, tapi ianya sangat mudah untuk dijangkiti.

Tan Sri Dr Noor Hisham beri peringatan

(Kredit: Malay Mail)

Susulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi seperti yang diumumkan semalam, perkara tersebut turut membimbangkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui satu tweet telah mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Peringatan untuk semua, banyak tempat dibuka kerana ekonomi dan bukan kerana ia selamat. Perlu diingat, sila pakai pelitup muka, pelitup muka dua lapis jika boleh, amalkan jarak fizikal dan kerap mencuci tangan. Elakkan ruang yang sesak dan terkurung. Kekal selamat dan dapatkan vaksin secepat mungkin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan di media sosial.

Kenyataan ini juga turut dipersoalkan oleh warganet yang masih keliru dan meminta pencerahan tentang peratusan ‘selamat’ yang dimaksudkan oleh KKM.

Dr Noor Hisham seterusnya membalas soalan tersebut dengan menjelaskan POV Kementerian Kesihatan mengenai isu ini.

Kita perlu menggunakan dua pendekatan; satu adalah vaksinasi dan yang lain adalah terus mengambil semua langkah pencegahan kesihatan. Israel pada awalnya telah berjaya mencapai imuniti kelompok dan kemudiannya mengurangkan sekatan dan SOP. Hari ini kes mereka melambung kembali.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Apa jua yang diputuskan oleh pihak berkuasa, orang ramai perlu terus jaga SOP dan disarankan untuk kekal duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Kalau nak makan di luar sekali-sekala apa salahnya, cuma pastikan restoran atau kedai yang dipilih tidak terlalu ramai dan mempunyai cukup ruang udara.

Stay safe, guys.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd