Now Reading
Bantal Tungku Moden Meletup. Wanita Ini Gesa Orang Ramai Berhenti Pakai & Buang. Bahaya!

Bantal Tungku Moden Meletup. Wanita Ini Gesa Orang Ramai Berhenti Pakai & Buang. Bahaya!

Paling bahaya, ianya meletup ke arah bayinya yang berada berdekatan alat itu ketika di caj.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pernah dengar tentang produk bantal tungku elektrik / tungku moden / bantal panas?

Sejujurnya, kami pun baru tahu kewujudan bantal tungku moden ini. Selalunya kalau tengok orang mengurut sambil bertungku menggunakan batu yang diambil dari sungai dan dipanaskan.

Itu kalau cara tradisional.

Kredit: The Asian Parent Malaysia

Tapi mungkin, orang zaman sekarang ini inginkan sesuatu yang lebih moden?

Sebab itulah wujudnya tungku moden, tungku elektrik dan sebagainya ni.

Mudah dan senang dibawa

Kredit: tots.my

Untuk pengetahuan anda, tungku moden atau bantal panas ini merupakan inovasi terbaharu tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan orang ramai.

Ianya diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair. Tungku moden ini bersih dan dikatakan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.

Malah, cara penggunaannya pula mudah sahaja iaitu isi air dan boleh dibawa ke mana-mana.

Berat bantal tungku moden ini lebih kurang 1.8 kg setiap satu.

Individu yang sesuai untuk menggunakan alat ini adalah individu dewasa berumur 12 tahun ke atas, wanita yang baru lepas bersalin atau menghadapi senggugut dan mereka yang lenguh badan serta angin.

Wanita ini kongsi pengalaman hitam guna bantal tungku moden

Malang tidak berbau.

Seorang pengguna Facebook iaitu Farah Iqlima berkongsikan satu pengalaman di mana bantal tungku moden miliknya dikatakan telah meletup.

Paling bahaya, ianya meletup ke arah bayinya yang berada berdekatan alat itu ketika di caj.

Bahaya sungguh. Mujur tak terperecik pada bayi.

PSA: Untuk anda yang terasa ingin membeli bantal tungku moden ini, disarankan untuk berhati-hati kerana perkara yang sama mungkin akan berulang lagi. Dan kalau boleh, kembali kepada cara tradisional yang jauh lebih selamat.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd