Now Reading
TLDR: Ahli Politik Beri Reaksi Lepas Mahiaddin Berundur

TLDR: Ahli Politik Beri Reaksi Lepas Mahiaddin Berundur

Ramai pemimpin parti menyambut baik peletakan jawatan itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ramai ahli politik mempunyai ‘ungkapan’ tersendiri susulan peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia kelapan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini.

Malah turut memuji Ahli Parlimen Pagoh tersebut kerana mengundurkan diri setelah kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

Ada juga pihak yang mendesak pembentukan kerajaan baharu yang lebih stabil untuk memerangi Covid-19 dan meningkatkan ekonomi serta menjelaskan bahawa negara perlu bangkit semula untuk keluar dari wabak tersebut.

BACA SINI: [Terkini] Mahiaddin Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri

Ini apa yang diperkatakan oleh mereka:

Ahmad Zahid jelaskan tiada niat untuk menjadi PM ke-9

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa apa yang berlaku perlu dijadikan teladan. Beliau juga menjelaskan tiada niat untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Beliau turut memberi cadangan supaya sebuah kerajaan baharu yang stabil mesti segera ditubuhkan untuk satu tempoh munasabah yang memfokuskan hanya menangani pandemik Covid-19 dan soal kesejahteraan rakyat.

Sebagai manusia biasa, pastinya saya tidak dapat menyembunyikan perasaan terhiris apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan ke atas diri saya, sepanjang kemelut politik yang berlaku ini. Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti terbesar.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui kenyataan Facebook miliknya.

Akhir sekali, beliau menjelaskan bahawa sebuah kabinet yang efektif mirip seperti ‘War Cabinet’ yang hanya memfokuskan proses pemulihan negara mendepani pandemik hendaklah dibentuk.

Anwar Ibrahim terima peletakan jawatan itu

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji keputusan yang dibuat oleh Mahiaddin serta mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kelapan itu atas usahanya dan mengatakan bahawa itu adalah tindakan yang betul.

Beliau juga mengeluarkan kenyataan dalam talian yang menggesa rakyat Malaysia untuk tetap tenang dan berdoa agar negara ini kembali bangkit.

Lim Guan Eng menyatakan ianya akan sukar untuk calon seterusnya

Sementara itu, Setiausaha General DAP Lim Guan Eng mengatakan bahawa parti itu memuji Perdana Menteri kerana mengundurkan diri dengan mengatakan bahawa itu adalah langkah Perlembagaan yang tepat.

Beliau juga menyebut Mahiaddin telah berusaha keras tetapi gagal menangani krisis tiga kali pandemik Covid-19, kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan politik.

Namun, Lim menambah bahawa ini juga akan menjadi perkara yang sukar buat calon PM seterusnya kerana individu tersebut harus melakukan pekerjaan yang lebih baik dalam menangani krisis tiga kali ini – terutamanya untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat yang teruk terjejas oleh penularan jangkitan dan kematian disebabkan Covid-19.

Mat Sabu ajak bersatu di bawah PH

Presiden Amanah Mohamad Sabu juga mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa sekarang Mahiaddin sudah melepaskan jawatan, parti-parti pembangkang harus ketepikan perbezaan untuk bersama-sama menyokong Pakatan Harapan.

keutamaan kepada kita semua ketika ini untuk bekerjasama memulihkan kembali kesihatan dan ekonomi negara yang sangat parah. Demokrasi perlu kembali dipulihkan agar pendangan semua pihak diambil kira samada dikalangan ahli ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang serta pihak-pihak yang lain. Proses semak dan imbang melalui institusi parlimen mesti dihidupkan agar kerajaan baru yang didirikan sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya.

Presiden Amanah Mohamad Sabu melalui kenyataan Facebook miliknya.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd