Now Reading
Aliff Syukri Calon Diri Jadi Perdana Menteri Ke-9 Buat Netizen Terhibur

Aliff Syukri Calon Diri Jadi Perdana Menteri Ke-9 Buat Netizen Terhibur

Aliff Syukri nak jadi PM-9 pula dah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (16 Ogos), kekecohan isu politik telah membanjiri media sosial di mana satu sejarah telah bermula setelah Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengundurkan diri dari jawatannya bersama dengan Kabinetnya.

BACA SINI: [Terkini] Mahiaddin Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri

Perkara tersebut sekali gus membuatkan beliau menjadi Perdana Menteri yang paling singkat menyandang jawatan tersebut di Malaysia.

Apa pun, terima kasih kami ucapkan kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin di atas segala jasa yang pernah dicurahkan kepada Malaysia.

Next?

Tidak dinafikan, rakyat jelata kini sedang bermain teka-teki siapa pula yang bakal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 setelah berundurnya Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Tiada siapa yang tahu.

Rakyat Malaysia hanya perlu bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini.

Aliff Syukri calon diri

Situasi politik masih tegang, tapi ada juga individu yang cuba untuk menenang dan menghiburkan rakyat Malaysia.

Antaranya adalah jutawan kosmetik terkenal, tak lain tak bukan – Datuk Aliff Syukri.

Dia dilihat telah memuat naik borang permohonan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-9 di laman Instagram miliknya malam tadi. Perkongsian tersebut menerima reaksi yang menghiburkan oleh pengikutnya.

Aduh, Datuk…

“Kalau ada rezeki tak ke mana. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya pada posting tersebut.

“Hari-hari buat TikTok untuk buat perutusan” – Netizen

Perkongsian tersebut tidak dinafikan telah menghiburkan netizen dan mereka turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi. (ramai yang ketawa dari menyokong FYI).

Ada juga yang persoalkan bagaimana Aliff Syukri nak urus 30 juta rakyat Malaysia kalau urus pembantu rumah pun terjerit-jerit.

Now, that’s funny. 😀

So, macam mana?

Rasa-rasanya Datuk Aliff Syukri dapat majoriti undi tak?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd