Now Reading
TikTok Atasi Facebook Untuk Aplikasi Paling Banyak Dimuat Turun

TikTok Atasi Facebook Untuk Aplikasi Paling Banyak Dimuat Turun

Tak dapat dinafikan, TikTok memang menghiburkan dan ‘berhantu’. 5 minit boleh jadi 5 jam tanpa disedari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu tinjauan telah dilakukan untuk aplikasi yang paling banyak angka muat turun pada tahun 2020 menunjukkan TikTok berada di tempat pertama mengatasi Facebook yang sebelum ini memegang kedudukan tersebut.

Kredit: Tekno Kompas

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nikkei Asia, dengan peningkatan kadar keprihatinan terhadap privasi individu, Telegram iaitu aplikasi pemesejan yang dapat menghapuskan catatan juga meraih peringkat yang tinggi selama setahun setelah wujudnya pandemik Covid-19.

Ada yang percaya bahawa maklumat peribadi yang dikongsi dengan TikTok adalah tidak selamat.

Pada tahun 2020, bekas Presiden Donald Trump meminta syarikat itu menjual operasinya di Amerika Syarikat atau diharamkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, populariti aplikasinya meningkat ketika penularan wabak pandemik Covid-19 sehingga menjadi aplikasi muat turun utama di Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Syarikat.

Perkara ini membuatkan pelbagai platform media sosial mula menawarkan ciri-ciri seperti TikTok bagi mengekalkan kedudukan dan menarik lebih ramai pengguna untuk beralih ke platform mereka.

Selain itu, terdapat beberapa data terkumpul menunjukkan pengguna media sosial telah menghabiskan masa lebih banyak di aplikasi TikTok berbanding platform lain.

Kini TikTok juga sedang membangunkan sejumlah fungsi baharu dan ditawarkan kepada pengguna seperti TikTok Stories.

Nota: Kami pun ada TikTok, so jangan lupa follow! @TRPMsia. 😀


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd