Now Reading
Penggunaan Pulse Oximeter Boleh Selamatkan Nyawa. Penting!

Penggunaan Pulse Oximeter Boleh Selamatkan Nyawa. Penting!

Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Apa itu Pulse Oximeter?

Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti:

  • Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD)
  • Penyakit Asma
  • Pneumonia
  • Kanser paru-paru
  • Anemia
  • Sakit jantung
  • Kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.

Namun begitu, penggunaan Pulse Oximeter di rumah masih sedang giat dibahaskan oleh ahli profesional perubatan.

Kredit: BBC

Kepentingan Pulse Oximeter untuk memeriksa tahap oksigen darah adalah penting bagi pesakit (tidak termasuk pesakit wad) yang mempunyai simptom Covid-19 seperti batuk, demam, dan sesak nafas.

Sebab itulah pentingnya ada Pulse Oximeter ini di rumah.

Satu keluarga, satu oximeter pun dah memadai.

Perkara yang perlu diketahui tentang Pulse Oximeter

  1. Bukan semua perubahan bacaan Pulse Oximeter adalah berkaitan dengan Covid-19.
  2. Kesukaran bernafas dan paras oksigen rendah hanyalah dua kemungkinan simptom jangkitan Covid-19.
  3. Ketahui tahap oksigen normal anda dan perhatikan sebarang perubahan dalam bacaan.
  4. Bergantung kepada model Pulse Oximeter, bacaan paras oksigen antara 95% hingga 97% adalah dianggap normal.
  5. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang mungkin akan mempengaruhi tahap oksigen darah, dapatkan nasihat doktor sebelum membeli Pulse Oximeter.

Walau bagaimanapun, pesakit yang mempunyai penyakit paru-paru kronik biasanya mempunyai tahap oksigen hypoxia.

Oleh itu, kadar kepekatan oksigen yang normal bagi golongan pesakit ini adalah antara 88% dan 92%.

Bagaimana Pulse Oximeter berfungsi?

Kredit: BBC

Pulse oximeter berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan dan kadar denyutan jantung anda. Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Contohnya, tiga kali sehari mengikut waktu makan.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Cara-cara untuk menggunakannya dengan betul adalah:

  1. Tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
  2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran.
  3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
  4. Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.
  5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
  6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.

Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati.

Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd