[Video] Aunty Ini Cuci Dua Buah Rumah & Terima Upah RM10 Sehari Sahaja
Kita rasa kita dah susah, tapi ada yang jauh lebih susah di luar sana.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pandemik Covid-19 ini memang tidak dapat dinafikan telah membawa kesusahan, malah ketakutkan di seluruh dunia dan negara Malaysia juga tidak terkecuali.
Dunia telah jatuh terduduk dek bahana pandemik Covid-19 yang mula menular pada awal tahun 2020. Ramai rakyat yang terjejas seperti dibuang kerja, dipotong gaji, dan sebagainya.
Malah, ada juga yang kehilangan tempat tinggal sehingga terpaksa mencari tempat untuk berteduh sehari-harian.

Struggle yang teramat sehingga tak dapat diungkapkan.
Rakyat hidup untuk bertahan
Rakyat Malaysia kini dilihat sedang bertahan dengan ujian yang diberikan ini. Walau bagaimana susah pun situasi yang perlu dihadapi, mereka yang mempunyai keluarga dan anak kecil di rumah masih perlu bertahan dan tidak berputus asa.
Sehinggakan ada yang sanggup mengambil peluang pekerjaan walaupun dibayar dengan begitu rendah. Asalkan dapat duit untuk tanggungan diri sendiri setiap hari.

Sebagai contoh, seorang aunty bangsa India ini dikatakan mengambil upah RM10 sehari untuk membersihkan dua buah rumah.
Ya, DUA BUAH dengan pembayaran RM10 sahaja.
Tapi apakan daya, mungkin itu sahaja kerja yang boleh dilakukan olehnya pada waktu pandemik ini.
Cuci rumah seharian, upah cuma RM10.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) August 4, 2021
Beberapa hari lepas, waktu agihan bantuan dijalankan, team sukarelawan kami ternampak aunty ni dalam perjalanan pergi kerja.
Kami maklumkan pada aunty yg kami nak bagi barang keperluan sikit, tapi kotaknya berat. Aunty pun ajak kami masuk. pic.twitter.com/ENreVUnjbk
Sempat lah kami berborak sekejap dengan aunty sementara angkat kotak nak bagi.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) August 4, 2021
Kami ingatkan satu rumah yang aunty tu bersihkan untuk dapat upah RM10, rupanya 2 rumah.
Allah sedihnya. pic.twitter.com/RRd6FpBfMv
Aunty ini juga dilihat seorang yang peramah dan pertuturannya pun mudah untuk difahami.
Paling sedih bila dia tunjuk bekalan makanan yang dibawa. Hanya nasi kanji dan garam untuk dijadikan perasa. Tiada lauk lain walaupun sebiji telur.
Nasi kanji + garam je buat perasa.
— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) August 4, 2021
Telur pun takde.
Jangan kata ayam, daging atau ikan 😔 pic.twitter.com/eajGltIOkV
Banyak sangat orang yang struggle di luar sana. Oleh itu, jika anda mampu untuk hulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, silalah berbuat sedemikian.
Tak rugi jika bersedekah. Pahala dapat, hati pun tenang.
We can do this, Malaysians! #KitaJagaKita
BACA JUGA: “B40, M40 & T20” – Ini Maksud Sebenar & Kiraan Baru Tahun 2020
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.