Now Reading
Scammer Online Guna Taktik Baru Tipu Pelanggan Masa COD Barang. Beware!

Scammer Online Guna Taktik Baru Tipu Pelanggan Masa COD Barang. Beware!

Panjang akal sungguh scammer zaman sekarang ini.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kes penipuan yang melibatkan scammer dilihat kian meningkat.

Teknik untuk scam pula terdiri daripada pelbagai cara. Sehinggakan kita langsung tidak akan terfikir bahawa itu adalah ‘scam’. Sebab itulah kita perlu lebih berwaspada dengan taktik dan modus operandi mereka.

Jenayah siber dan scammer ini memang tidak boleh dihentikan, namun kita boleh mencegahnya dengan menjadi pengguna dan pembeli yang bijak.

Kredit: Envato

Sebelum dia tipu kita, kita bertindak terlebih dahulu.

Hati-hati dengan barangan yang dibeli dengan terma COD (Cash On Delivery)

Umum sedia maklum, ada sesetengah barang boleh dibeli dan dibayar ketika sudah menerima barangan tersebut. Terma itu dikenali sebagai COD (Cash On Delivery).

Pelanggan diminta untuk menyediakan jumlah wang yang tepat setelah ianya dihantar oleh runner dan selepas dah dibayar barulah barangan tersebut boleh diambil oleh pembeli.

Kredit. Kompas

Baru-baru ini tular satu kes di mana seorang pengguna Facebook Norashikin Othman telah berkongsikan tentang pengalaman ibu bapanya yang hampir ditipu oleh penjual barangan dalam talian dengan menggunakan terma COD ini.

Menurutnya dalam perkongsian itu, ayahnya membeli jam tapi bila nak bayar COD, rasa ‘pelik’ dengan kotak barang itu sebab terlalu ringan dan apabila digoncang, seperti tak ada isinya.

Apabila diminta untuk buka dulu sebelum bayar, runner tak benarkan sebab itu adalah prosedur syarikat kurier.

Risau punya risau, akhirnya runner itu menasihatkan untuk tidak terima barangan tersebut sebab risau ditipu kerana menurutnya, ramai juga yang pernah terkena dengan taktik sama.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Kesimpulannya di sini, anda sebenarnya boleh menolak daripada menerima barangan tersebut jika anda merasakan ada yang tidak kena dengan barangan yang dihantar.

Contohnya seperti kes di atas – dihantar kotak kosong berisi angin dan diminta pula COD.

Kalau tak cek betul-betul, maunya rugi duit macam tu sahaja.

Hati-hati korang semua!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8 + nine =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd