[Video] Warga Emas Dimarahi Usahawan Ucap Terima Kasih Buat Netizen Tersentuh
Can’t deny, memang sedih bila tengok pakcik ni.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum tentang isu Founder Bella Ammara yang baru-baru ini telah tular membanjiri media sosial di mana dia yang dikenali sebagai Carl Samsuddin telah didakwa memarahi seorang warga emas.

Susulan tularnya video tersebut, Carl dilihat menerima ribuan kecaman dari netizen termasuklah dari selebriti-selebriti terkenal tanah air yang tidak bersetuju dengan caranya itu.
Jika dilihat sendiri video itu, tiada siapa pun akan bersetuju dan merasakan tindakannya itu melampaui batas.
BACA SINI: Isu Hina Gelandangan, Founder Bella Ammara Mohon Maaf & Tampil Perjelas Isu Itu
Permohonan maaf secara terbuka
Setelah beberapa jam isu tersebut tular, pagi ini dia memutuskan untuk meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap intipati video tersebut.
IM SORRY 🙏🏻 pic.twitter.com/QL1qdAcER0
— CARL SAMSUDIN (@carlsamsudin) July 29, 2021
Dia turut menambah bahawa dia sedar tidak patut bercakap dan bernada sebegitu apabila bercakap dengan mereka yang berumur lebih daripadanya.
Video pakcik Abd Hadi berusia 64 tahun berterima kasih buat netizen tersentuh
Hari ini, video pakcik Abd Hadi yang dimarahi oleh usahawan terkenal itu mula mendapat perhatian orang ramai.
Dalam video berdurasi 0:16 saat tersebut, pakcik itu yang dilihat berpakaian t-shirt berkolar hijau mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang berpihak kepadanya.
Terima kasih banyak, saya tak boleh balas, saya hanya berserah kepada Tuhan. Memang betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah.
Pakcik Abd Hadi, 64 tahun.
Tersentuh bila dengar suara pakcik Abd Hadi seolah-olah ingin menangis kerana terharu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.