Now Reading
Isu Hina Gelandangan, Founder Bella Ammara Mohon Maaf & Tampil Perjelas Isu Itu

Isu Hina Gelandangan, Founder Bella Ammara Mohon Maaf & Tampil Perjelas Isu Itu

Ada juga netizen yang mengatakan mereka bangga tidak pernah membeli produk keluaran Bella Ammara sebelum ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Menegur sehingga menghina.”

Carl Samsudin – nama yang telah mula diperbahaskan sejak semalam (28 Julai) di media sosial gara-gara tularnya satu video yang pada mulanya dimuat naik olehnya sendiri di laman Instagram @carlsamsuddin.

Tidak lama kemudian video tersebut dilihat telah dipadam.

Namun apakan daya, video itu telahpun diambil dan dimuat naik kembali oleh netizen sebelum dia memadamnya.

Klip video yang dimuat naik oleh Carl Samsudin sendiri di laman Instagram miliknya.

Laju netizen buat kerja.

Didakwa hina gelandangan

Umum sedia maklum bahawa Khalif Shamsudin atau lebih dikenali Carl Shamsudin ini merupakan pengasas jenama terkenal iaitu Bella Ammara.

Dia mula tular selepas didakwa menghina warga emas gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Dia didakwa memalukan warga emas lelaki berusia 64 tahun di khalayak ramai dalam satu video berdurasi kurang satu minit yang tular di media sosial.

“Umur berapa? 64? Saya tanya betul-betul, masa muda dulu menyesal tak, tak buat betul-betul? Masa muda dulu menyesal tak banyak main-main dan banyak tak buat betul-betul, malas?” katanya lantang dalam video tersebut.

Tonton video penuh di bawah:

Bukan setakat itu sahaja, Carl turut mempersoalkan kepada golongan gelandangan yang ada ketika itu sama ada pernah atau tidak mereka berharap agar Tuhan menghantar seseorang untuk membuka jalan hidup baharu untuk mereka?

Pernah tak you all wish one day, tak kisah you agama apa, you pray to god, God show me the way I want to change my life. What if today God sent me to help you guys?

Carl.

Netizen berang

Seperti isu-isu yang lain juga, netizen tidak akan terlepas untuk memberikan pendapat mereka termasuk isu penghinaan ini.

Malah, ada juga beberapa selebriti terkenal tanah air turut meluahkan kata-kata nasihat buat Carl susulan tularnya video tersebut.

“Dah kaya nanti, jangan miskin adab.”

“I’m sorry, Malaysia”

Setelah beberapa jam isu ini tular, dan pastinya Carl telah menerima ribuan kecaman terhadap tindakannya itu. Pagi ini dia memutuskan untuk meminta maaf dan memberi penjelasan terhadap inti pati video tersebut.

Pada tarikh tersebut jam 11 pagi, saya dijemput oleh Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk membantu gelandangan dalam fasa bangkit dan mengubah hidup dengan memulakan perniagaan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara melalui inisiatif PEMULIH di bawah program JITU. Ada lebih 80 orang gelandangan di situ dan yang berminat untuk program ini adalah sekitar 20 orang sahaja. Mereka ketika itu duduk di dewan makan jam 11 pagi. Dalam saya bagi kata-kata semangat (motivational talk) saya bertanya kepada mereka siapa di sini secara sukarela nak kongsikan kisah story yang dia pernah kesal buat dalam hidup supaya yang lain tidak rasa mereka keseorangan dan mereka juga mahu bangkit. Maka uncle tersebut angkat tangan dan semua bertepuk tangan di atas keberanian uncle tersebut. Saya ‘bertanya’ kepada uncle tersebut dan based daripada jawapan uncle tersebut saya kongsikan dengan cara saya yang agak bersemangat kepada mereka yang lain. Jika perhatikan betul-betul video penuh itu dengan teliti, anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Carl.

Dia turut menambah bahawa dia sedar tidak patut bercakap dan bernada sebegitu apabila bercakap dengan mereka yang berumur lebih daripadanya.

Akhir kata melalui rangkaian tweets yang dimuat naik, dia turut meminta maaf kepada team Bella Ammara kerana telah mengecewakan mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd