Now Reading
[Foto] Ada Yang Pakai Di Dagu & Ragam Lain Ahli Politik Memakai Pelitup Muka

[Foto] Ada Yang Pakai Di Dagu & Ragam Lain Ahli Politik Memakai Pelitup Muka

P/S: Kalau nak double mask, cara pemakaian pun perlu betul ya.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, hari ini (26 Julai 2021) merupakan hari buat ahli-ahli Parlimen kembali ke bangunan Parlimen bagi menghadiri mesyuarat khas selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun ekoran pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen telah berkumpul di bawah satu bumbung bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan proklamasi darurat dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

BACA SINI: [Updating] Special Parliamentary Sitting – 26 July 2021

Selain inti pati persidangan tersebut, ada juga perkara lain yang mendapat perhatian netizen.

Contohnya, cara ahli-ahli parlimen memakai pelitup muka. Macam-macam gaya. Ada yang betul, ada yang salah.

Pelitup muka di Parlimen

Seorang pengguna Twitter iaitu Paul Tan telah memuat naik satu rangkaian tweet mengenai cara pemakaian pelitup muka oleh ahli-ahli parlimen yang bersidang hari ini di Dewan Rakyat.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Tapi tak semua yang salah.

Timbalan Perdana Menteri pakai dengan betul. Bagus.

Bukan ahli politik sahaja yang dilihat pakai pelitup muka dengan cara ini, malah ramai juga individu di luar sana yang dilihat menggunakan cara yang sama.

SALAH, ya.

Nama pun ‘pelitup muka’, bukan pelitup dagu.

Jangan begitu.

Ini terbaik. A+ sebab pakai dengan cara yang betul dan kemas.

Ini pula nampak macam kurang selesa dengan pelitup muka yang dilihat longgar dan kerap perlu dibetulkan.

Nak bercakap pun susah.

Macam-macam gaya.

Itu belum lagi tengok cara mereka berbahas sesama sendiri. Mujur ada mask, kalau tak, mungkin lebih lantang suaranya. 😀


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20 + 3 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd