Bawa Pakcik Abu Ambil Vaksin, Kemuliaan Lelaki Ini Dipuji Netizen. Baik Sungguh
Perlu diingatkan bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kita semua tahu bahawa agama Islam amat menekankan keperluan untuk membantu sesama insan.
Memang tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini.
Walau bagaimanapun, berusaha mencapai kesempurnaan dijadikan keutamaan dengan cara menawarkan perkhidmatan atau pertolongan kepada mereka yang memerlukan.
Hati senang, pahala pun dapat. Kan untung tu.
Tolong hantar Pakcik Abu cucuk vaksin
Baru-baru ini, satu tweet di laman Twitter telah berjaya meraih perhatian netizen di mana seorang lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan telah memuat naik satu rangkaian tweet menceritakan tentang perjalanan seorang warga emas yang dibantu olehnya untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Warga emas tersebut yang dikenali sebagai Pakcik Abu kini hidup sebatang kara di hujung usia.
Malah, menurut Ikhwan, Pakcik Abu sudah bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki ke bandar.
Harini Pakcik Abu cucuk vaksin. Tapi tadi saya sampai rumah dia, dia tak ada. Rupanya dia terlupa harini cucuk vaksin. Ni ha baru balik dari menoreh getah. 😭 https://t.co/jnbGw3rIHK pic.twitter.com/GpPA7tF6dw
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 21, 2021
Dalam perjalanan dah ni. Moga dipermudahkan urusan kami. pic.twitter.com/oL0IG8uRoS
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 21, 2021
Tengah nervous tuu, alhamdullilah semua lancar. Tunggu giliran nak cucuk dah! pic.twitter.com/gtYGUBgbZC
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 21, 2021
Lepas habis cucuk vaksin dos pertama, Pakcik Abu minta nak pergi beli sayur-sayuran dan ayam.
Alhamdullilah Pakcik Abu selesai dos pertama. Pakcik Abu dapat Sinovac. Steady je ni ha dia kata tak ada rasa apa, cuma cucuk tadi je sakit. Saya tengok tadi nurse amanah cucuk penuh vaksin.
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 21, 2021
Ni Pakcik Abu kata ayam dan sayuran habis. Nak pergi beli. Terima kasih doa semua. pic.twitter.com/tEucxca9iD
Tengah beli sayur ikan ayam ni ha. pic.twitter.com/qHUwKi6iey
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 21, 2021
Alhamdullilah selesai semua untuk hari ini. Pakcik Abu kirim salam buat semua. Pakcik Abu cakap terima kasih mana yang bagi sumbangan dan mana yang mendoakan. Dia nak rehat. pic.twitter.com/tUZkw6HFHT
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 21, 2021
Selain itu, Ikhwan juga sedang dalam perancangan untuk membelikan barangan keperluan rumah yang baru buat Pakcik Abu seperti peti sejuk, tilam, bantal, baju, dan selipar baru.
Pakcik Abu turut mengucapkan ribuan terima kasih buat mereka yang telah menderma untuk membantu dirinya.
InsyaAllah perancangan terdekat untuk bagi Pakcik Abu peti sejuk baru sebab peti sejuk sekarang dah tak berapa sejuk, tilam baru, bantal baru dan baju serta selipar baru. Hiburkan hati orang tua sebatang kara di hujung usia.
— Ikhwan (@JatIkhwan) July 21, 2021
Ni ada ucapan sikit untuk para dermawan baik hati. pic.twitter.com/bTEkNm7aSx
P/S: Comel je Pakcik Abu berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku. 😛
Kisah Pakcik Abu
Menurut Ikhwan, Pakcik Abu sebenarnya sudah bertahun-tahun tak ke Bandar Kuantan. Satu sebab tak ada kenderaan dan keduanya tak ada orang nak bawa.
Malah, dia teruja sangat banyak perubahan terutamanya ada menara baru iaitu Menara Teruntum 188. Yang dia ingat hanyalah Taman Kerang dan Stesen Bas Benteng.
Apa pun saya tak akan berhenti kemaskini pasal Pakcik Abu sehingga amanah orang untuk saya tolong belikan peti sejuk, bagi tilam dan bantal baru, belikan baju, seluar dan selipar baru, kemas rumah Pakcik Abu dan baiki mana yang patut selesai. Moga Allah permudahkan.
Ikhwan melalui Twitter.
Dipuji netizen
Sikap mulia Ikhwan yang sanggup menghulurkan bantuan kepada warga emas yang bukan ahli keluarganya ini membuatkan orang ramai terharu dan memuji dirinya.
Baik sungguh.
Bagus ya ikhwan ni.
— Madame Izara (@IzaraAishah) July 21, 2021
semoga encik ikhwan dimurahkan rezeki dari segi kewangan kesihatan kejayaan kesejahteraan dunia akhirat aamin. terima kasih sebab bantu pakcik abu🥺✊🏻
— nis ◡̈︎ (@jyn1s) July 21, 2021
Terima kasih atas keprihatinan pada warga emas. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan dipermudahkan segala urusan.
— jefri (@jef1808) July 21, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.