AJK Masjid & Surau Semak Status Vaksinasi Jemaah, Anti-Vaxx Kantoi Edit Sijil Digital
TL;DR: Register untuk pengambilan vaksin di aplikasi MySejahtera. ASAP.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, pihak kerajaan serta Kementerian Kesihatan Malaysia kini menasihati orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin bertujuan untuk mengekang penularan virus Covid-19.
Suntikan vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit wabak ini. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.

Malah, secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.
Namun begitu, menurut Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam, pihak mereka mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Tapi seeloknya, ambil lah vaksin ini. Tak rugi pun.
BACA JUGA: Dua Dos Pfizer & AstraZeneca Sama Efektif Terhadap Varian Delta
Kalau nak masuk masjid atau surau, vaksin dulu

Baru-baru ini telah tular satu tweet yang dimuat naik oleh pengguna Twitter iaitu Faisal Rahim membincangkan bahawasanya ada beberapa AJK kumpulan masjid dan surau telah membuat ketetapan di mana hanya individu yang sudah lengkap 2 dos vaksin sahaja boleh hadir untuk Solat Fardhu dan Solat Jumaat.
Ha, yang anti-vaksin tu bagaimana?
Ini masanya untuk anda mengubah fikiran dan mentaliti.
Dalam group jemaah masjid dan surau, ada banyak AJK yang dah buat ketetapan.
— Faisal Rahim 🇵🇸 (@acaiijawe) July 22, 2021
Hanya mereka yang dah LENGKAP 2 DOS VAKSIN SAHAJA boleh hadir Solat Fardhu dan Solat Jumaat.
Status akan disemak manual.
Pakcik2 dan abang2 yang anti-vaksin sebelum ni semua belum reply & masih diam.
Perkara ini juga dijangka bakal diperluaskan lagi di setiap surau dan masjid di setiap negeri.
Maklumlah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Dan ini adalah langkah terbaik.
Kena expect benda ni akan lebih meluas.
— Faisal Rahim 🇵🇸 (@acaiijawe) July 22, 2021
Termasuk kebenaran merentas negeri (bercuti/balik kampung) tak lama lagi.
Selain itu, mereka semua confirm tak boleh tunaikan HAJI & UMRAH.
Tidak boleh bercuti atau keluar negara atas urusan kerja di negara yang dah mewajibkan vaksin.
Ada juga kes jemaah yang menipu dengan percubaan memalsukan Digital Certificate, kononnya dah ambil dua dos vaksin untuk Solat Jumaat.
Sebab itulah status MySejahtera anda bakal disemak secara manual oleh ahli masjid di pintu masuk.
Memang bunyinya agak mencabar untuk semak satu per satu – tapi untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada individu tersebut serta individu lain, ianya harus dilakukan.
Update. Tadi ada jemaah masjid yang katanya antivaxx menipu dengan edit Digital Certificate kononnya dah ambil 2 dos untuk Solat Jumaat.
— Faisal Rahim 🇵🇸 (@acaiijawe) July 23, 2021
Bila check MySejahtera kat phone dia langsung tak register vaksin 😭.
Ini pun cabaran bagi yang semak di pintu masuk masjid sebenarnya. pic.twitter.com/6WVOggVtqX
Untuk mereka yang masih berada dalam golongan ‘anti-vaksin’, fikirlah masak-masak.
Banyak perkara atau aktiviti yang memerlukan anda untuk melengkapkan dua dos vaksin terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran pada masa sekarang.
Jadi, kalau tak nak rugi, inilah masanya untuk anda daftar pengambilan vaksin dengan segera. 🙂
BACA JUGA: Vaksinasi Walk-in Di Selangor & Kuala Lumpur Hanya Untuk Golongan Tercicir
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.