Cara Memohon i-Citra KWSP Mulai Hari Ini, 12 Julai
Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif terbaharu oleh KWSP iaitu i-Citra yang diperkenalkan di bawah Pakej PEMULIH.
BACA SINI: PART 2: Senarai Bantuan Pelan Pemulihan Negara Untuk Ekonomi
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Mereka yang layak adalah; ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap, dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Anggota perkhidmatan awam juga boleh memohon i-Citra.
Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

Untuk pengetahuan anda, laman web rasmi i-Citra telah diaktifkan sekitar jam 11:30 malam tadi (11 Julai).
Permohonan i-Citra diawalkan tiga hari sebelum bermula hari ini (12 Julai)
Bagi memudahkan urusan permohonan anda, kami sertakan panduan pengguna sebagai rujukan.
Boleh lihat di bawah untuk step-by-step:
- Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN
- Isikan nombor MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit
- Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan nombor OTP atau soalan keselamatan
- Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan.
- Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
- Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk
- Tekan TERUSKAN
- Lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pembayaran, dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
- Semak semula maklumat dan tandakan BETUL sebelum tekan HANTAR
- Selesai.
NOTA:
- Amaun bayaran dibundarkan ke bawah kepada nilai puluh terdekat.
- Bayaran pengeluaran ini tidak menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi i-Citra di link ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.