Lelaki Ini Dedah Budaya Kerja Di Singapura. Tak Sangka Begini Rupanya!
Mungkin lain orang, lain penceritaan serta pengalaman yang dihadapi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila bercakap tentang budaya kerja, kita semua tahu bahawa setiap organisasi mempunyai budaya kerja tersendiri.
Menurut laporan, kepelbagaian budaya akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kompetitif. Ini kerana kepelbagaian di tempat kerja merujuk kepada pelbagai perbezaan antara individu dalam organisasi.
Malah, bukan sahaja termasuk bagaimana individu mengenal pasti diri mereka tetapi juga bagaimana orang lain melihatnya.
Dan, kepelbagaian di tempat kerja merangkumi; bangsa, jantina, kumpulan etnik, umur, agama, orientasi seksual, status kewarganegaraan, perkhidmatan ketenteraan dan keadaan mental dan fizikal, serta ciri yang berbeza antara orang lain.

Pendek kata, apabila syarikat merekrut dan mengekalkan kumpulan orang yang pelbagai, ianya akan membawa manfaat yang berbeza kepada syarikat serta pekerja.
Lelaki ini dedahkan budaya kerja di Singapura
Dalam satu tweet yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu Baqir melalui rangkaian tweets pada 6 Julai lalu telah meraih perhatian warganet. Ini kerana dalam tweet tersebut dia menceritakan bagaimana budaya kerja dengan syarikat di Singapura.
Dia merupakan rakyat Malaysia yang berkhidmat untuk syarikat berkenaan dan masih bekerja secara ‘remote’ dari Malaysia.
Antara benda paling besar aku belajar bila kerja dgn company Singapore ni ialah, buat decision cepat.
— Baqir 📊 (@BaqirNajh) July 6, 2021
.
Loan 200k ke bawah aku kena proses dan approve dalam masa 3 jam. Customer kena dapat duit within same day.
Culture dekat sini semua kena cepat. Aku meeting paling lama pun 15 minit. Semua org sharp, meeting takda melalut. Kalau ada perkara nak discuss further, pm tepi. Takda nak time tu sebut dlm meeting.
— Baqir 📊 (@BaqirNajh) July 6, 2021
Malah, dia turut memberitahu bahawa pernah tertidur pada waktu tengah hari, dan meeting akan dijalankan pada jam 2 petang – tapi mereka akan mulakan meeting terlebih dahulu walaupun masih tak cukup orang (mereka tak akan tunggu).
Dan selepas meeting, sesiapa yang terlepas perlu bertanya kepada orang lain.
Tak kacau lepas jam 6 petang
Antara benda paling best. Diorang takkan kacau aku selepas pukul 6 ptg, atau sebelum pukul 9 pagi. 9-6 ialah waktu aku bekerja, dan haram hantar email/mcg lepas waktu kerja. Ada benda nak hantar kena schedulekan. Weekend langsung takda kacau.
— Baqir 📊 (@BaqirNajh) July 6, 2021
Trust your employee. Ini yg diorang amalkan. Aku work remotely dari Malaysia. Diorang takda nak micromanage, takda nak persoalkan kau buat apa, takda nak kena send report weekly kerja apa yg dibuat. As long as aku deliver kerja aku, that’s enough.
— Baqir 📊 (@BaqirNajh) July 6, 2021
Always check on employee. Bos aku selalu tanya “Baqir, are you overload?, if you need staff to help you let me know”. Ya aku dah minta sorang dah dapat dapat within 2 weeks only.
Baqir melalui rangkaian tweets di Twitter.
Yeah betul tak semua company mcm ni. But we can learn something here. Bila kita jadi bos kelak, we can adapt this good culture..
— Baqir 📊 (@BaqirNajh) July 6, 2021
Warganet mula berkongsi pengalaman bekerja dengan syarikat di luar negara
Pernah kerja US company. My President hantar email on a Sunday & I jawab email tu. Within minutes he replied me. Dia tanya “Why are you working on a Sunday? I work 7 days a week because I am the President & I have a huge responsibility. Sunday is your rest day. So REST”
— Yatie Leman (@YSLadxa) July 6, 2021
Mcmnboss adik i. Dia American,antar emel sunday
— Ubiquitous Cryptic 🖤 (@LilyZali) July 6, 2021
Bila adik balas,dia bebel kata jgn balas masa hari cuti. Dia emel on sunday sbb dia takut dia lupa tp kalau nal balas,tggu working day. Hahaha
Meeting cepat tu betul. Saya drive dari jb, hadap jem 2 jam kat tambak untuk jumpa client. Pastu kadang meeting 15 minit je 😅, zup zap zap dah siap. Kadang lamalah kalau technical meeting. Kalau lama sgt, lagi2 ptg, kita pulak resah nak balik. 330pm dah kena chow nak elak jem 😂
— nurulhawa siti (@nurulhawasiti) July 6, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.