Ejen Takaful Buat Iklan Tiada Adab Undang Kemarahan Netizen
Ejen takaful ini dilihat tidak sensitif sehinggakan sanggup mengaitkan isu bunuh diri membolehkan ahli keluarga terdekat berpeluang untuk menerima pampasan hibah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Menurut laporan, purata dua kes bunuh diri setiap hari dilaporkan bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021 berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pada 2019 adalah sebanyak 609 kes diikuti sebanyak 631 kes bagi 2020.
Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes bunuh diri direkodkan. Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan
Malah, bagi tempoh lima bulan pertama iaitu Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan.
Walaupun kes ini dipandang serius oleh setiap pihak, namun ada juga segelintir ejen takaful yang tidak sensitif terhadap hal ini sehinggakan sanggup mengaitkan isu bunuh diri membolehkan ahli keluarga terdekat berpeluang untuk menerima pampasan hibah.
Sebagai contoh, satu kes di mana seorang pengguna Twitter @pedoqpop telah memuat naik satu tweet menunjukkan screenshot status ejen takaful tersebut.
— Megat 🏴 (@pedoqpop) July 1, 2021
Sangat tidak beradab.
Undang kemarahan netizen
Semestinya, perkara seperti ini membuatkan netizen di media sosial berang. Mana tidaknya, seoalah-olah langsung tiada rasa simpati kepada mangsa atau ahli keluarga mangsa.
Tak pasal-pasal ejen takaful lain terkena tempias.
menda la dia makan ssmpai jadi benak macam ni. No emphaty langsung. Ni jenis kalau kena zombie, dia dulu larikan diri lepas tu pijak orang lain. Anjay
— Ezra 💪🏻 (@Aldehyde_2317) July 1, 2021
Ni agent kejar commission bukan sebab nak tolong orang. Bodoh agent mcm ni selfish.
— 🇵🇸 ستي عائشة رزالي (@aisyahrazeli) July 1, 2021
Sebab kan orang mcm kau ni la agent takaful lain kena tempias busuk tau. 😭😭
Ethic ke laut. Takde adab dalam marketing. Memalukan je. Tak pasal ejen lain terkena tempias.
— Ejen Qal 🇲🇾🇵🇸 (@AmarSheqal) July 1, 2021
Yes i hate this kind of attitude of insurance agents. Sometimes put peeps who suffered with serious illness then in the end promote their insurance.
— 😑 (@azihaysron) July 1, 2021
Tak dak nilai jadi ejen.. sebagai ejen saya malu ada orang macam ni dlm industri.. inilah sebab kenapa industri takaful orang pandang negatif. Marketing sampah…
— AkmalRizal_Nasir (@Harta_Sempurna) July 1, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.