Now Reading
Apa Perlu Buat Bila Dapat Kerja? Youngsters, Take Note!

Apa Perlu Buat Bila Dapat Kerja? Youngsters, Take Note!

For the better future, boleh ikuti tips ini. Sangat berguna. 🙂

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa ada beberapa perkara penting (selain daripada yang basic), yang perlu anda lakukan selepas sahaja menerima tawaran untuk bekerja.

Ianya adalah penting untuk memberikan momentum untuk anda menjalani kerjaya dengan lebih baik.

Apa-apa pun, setiap perkara yang bakal dilakukan perlu ada matlamat, okay?

Untuk 3 bulan pertama

  • Rancang dan semak semua matlamat sejak hari pertama masuk kerja
  • Menambah nilai kepada rakan sekerja
  • Apa jua masalah, cari penyelesaian jika ianya memberi kesan kepada team
  • Luaskan perkenalan dan nilai semula ‘social group’
  • Cuba untuk cari jalan demi mendapat pencapaian yang lebih
  • Baiki habit (lebih-lebih lagi bad habit)
  • Cuba buang perkara yang melalaikan
  • Demostrasikan nilai diri dalam syarikat
  • Bina matlamat untuk penuhi jangkaan majikan

Jika anda ada idea untuk menambah senarai di atas, boleh sahaja.

Tidak salah untuk memperbaiki diri untuk jadi lebih baik, kan? 🙂

Bab pengurusan duit & gaji juga penting!

Rata-rata anak muda mungkin masih belum tahu bahawa ada lagi perkara lebih penting untuk anda lakukan sejurus mendapat tawaran bekerja.

Mana tidaknya, sekarang ini bukan senang untuk diterima bekerja, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi dan negara yang sedang dilanda pandemik pada saat ini.

Kredit: Sayuti Zainudin/Malay Mail

Seorang pengguna Facebook iaitu Azizul Azli Ahmad telah berkongsian cara untuk latih diri dalam melakukan 5 perkara ini apabila mula dapat kerja. Perkongsian tersebut telah ditulis olehnya sendiri melalui segmen #TabungDiri di Facebook miliknya.

Lihat perkongsian penuh di bawah dan cuba untuk praktik, okay?

  1. Mulakan buka akaun Tabung Haji. Latih diri menabung secara konsisten setiap bulan. Ambil borang buat potongan gaji terus.
  2. Latih diri BAYAR DIRI sendiri dulu. Tiap kali gaji, masukkan 10% gaji kedalam akaun yang tiada kad ATM. Makin susah nak keluarkan duit, makin baik.
  3. Mulakan ada akaun ASB untuk belajar jadi pelabur yang baik. Buka dan daftar diri.
  4. Cari takaful perlindungan pendapatan antara 5%-7% dari gaji.
  5. Latih diri KAWAL EMOSI untuk tidak terus beli kereta baru dan buat pinjaman peribadi.

Nampak macam susah, tapi kalau tiga bulan pertama anda cuba buat dan berjaya – bermakna anda boleh teruskan usaha ini sehingga berhasil.

Ingat, pengurusan duit adalah penting untuk masa hadapan.


BACA JUGA: Lelaki Ini Beri Tips Berguna Untuk Urus Duit Moratorium. Good One!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd