Lelaki Ini Beri Tips Berguna Untuk Urus Duit Moratorium. Good One!
Tips terbaik buat mereka yang masih clueless tentang cara urus kewangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pakej Perlindungan dan Pemulihan Ekonomi Rakyat (PEMULIH) bernilai RM150 bilion susulan Malaysia yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan: Fasa 1 Pelan Pemulihan Nasional.
PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dengan tiga fokus utama, iaitu:
Pelbagai jenis bantuan ditawarkan melalui Agenda Prihatin Rakyat, antaranya; Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR, Bantuan Khas Covid-19 (BKC), Bantuan Kehilangan Pendapatan, Bantuan Bakul Makanan, dan banyak lagi.
Malah, seperti PKP 1.0 tahun lalu – Moratorium untuk penangguhan bayaran balik pinjaman juga telah kembali selama enam bulan.
Moratorium enam bulan ini akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
Permohonan akan mula dibuka pada 7 Julai 2021 nanti.
Apa perlu buat dengan wang moratorium?
Seorang pengguna Facebook iaitu Azizul Azli Ahmad baru-baru ini telah menjelaskan apa yang perlu anda lakukan dengan wang moratorium yang bakal diterima nanti.
Dan buat mereka yang mungkin tidak berapa mahir bab wang, boleh baca perkongsian yang sememangnya berguna ini, lebih-lebih apabila ianya melibatkan wang pada saat dunia dilanda pandemik.
Pertama: Buat simpanan Dana Kecemasan. Jika kita ada hutang/loan setiap bulan RM1,200 x 6 bulan kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan.
Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.Jika masih ada gaji, guna duit gaji. Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Guna bila kecemasan sahaja!
Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan!
Kedua: Boleh bayar baki hutang kad Kredit. Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat.
Mengapa kad kredit? Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.
Ketiga: Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu. Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun ia jadi 15.7%. Tinggi juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali di rumah kita.
Keempat: Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya.
Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000. Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada. Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah. Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti.
Kelima: Laburkan kembali, bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba. Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur disitu.
Jika ini pelaburan pertama anda, “saya ikut sifoo nie melabur bang. Bayar RM3000 sahaja dapat beli rumah”. Baik lupakan sahaja, ini bukan masanya. Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.