“Pernah Jadi Contoh, Kini Antara Yang Terjejas” Ulas Nat Geo Mengenai Cara Msia Lawan Covid-19
Akaun Instagram National Geographic mempunyai 168 juta pengikut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Satu posting Instagram baru-baru ini oleh National Geographic memaparkan jalan serta pusat membeli-belah di Malaysia yang dilihat kosong di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang selalunya sibuk.
Malah, kapsyen yang ditulis juga telah mula tular di media sosial.
Pernah dilihat sebagai contoh terbaik di Asia Tenggara dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19, namun kini menjadi yang paling teruk terjejas.
National Geographic, melalui Ian Teh, di Instagram
Gambar dan kapsyen tersebut telah disediakan oleh seorang juru gambar dari Malaysia, Ian Teh – yang juga seorang penyumbang konten kepada Nat Geo.
Posting tersebut dipaparkan secara global
Gambar-gambar yang dimuat naik tidak dinafikan – begitu cantik dan memukau. Namun, kekosongan yang begitu menyedihkan ketika Malaysia dan rakyatnya berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini juga secara langsung ditunjukkan kepada 168 juta pengikut Instagram Nat Geo.
Kapsyen yang dilampirkan menyatakan bahawa Malaysia pada mulanya pernah menjadi yang terawal meraikan kes baru sifar dan turut berjaya mengurangkan kes aktif setiap hari.
Namun, ketika ini – ribuan kes Covid-19 baru setiap hari telah direkodkan diikuti dengan peningkatan kes yang membimbangkan sehingga menyebabkan ‘total lockdown’ dan penutupan sementara sektor perniagaan serta sektor-sektor lain.

Kapsyen tersebut juga diikuti dengan hashtag #kerajaangagal yang kini trending kerana banyak digunakan oleh warganet susulan situasi ekonomi negara ketika kerajaan menanganinya.
Warganet juga melepaskan kekecewaan dan ketidakpuasan mereka.
2020 July : rank 12 in covid19 recovery
— ᴄʜᴇɴɢ♛ (@cheng_jiayung) June 23, 2021
2021 June : worst affected in the region
Lihat posting Instagram Nat Geo di sini:
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.